Kesan Positif Dan Negatif ( Kesan Samping) Mandi Ais

Alet- atlet terkenal mengalakkan orang ramai mandi ais kerana kemungkinan manfaat kesihatan terapeutik mandi ais. Mandi ais juga doleporkan membantu dalam mengurangkan kesakitan otot, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood. Artikel kali ini membahas kebaikan dan keburukan mandi ais. (1)

 

Mandi ais mengurangkan suhu badan dan kulit anda. Perubahan suhu ini menyempitkan saluran darah kulit anda (vasoconstriction). Apabila anda keluar dari mandi ais, saluran darah anda mengembang (vasodilation) dan mengepam darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien kembali ke tisu badan anda, termasuk otot anda. Proses ini boleh membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit dan sakit otot yang dikenali sebagai DOMS selepas bersenam. (1)

 

Penggunaan ais diketahui dapat menyempitkan saluran darah, yang membantu mengurangkan bengkak, kesakitan dan keradangan selepas kecederaan. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa apabila air sejuk menyentuh reseptor sejuk pada kulit anda, ia menghantar impuls elektrik ke otak yang mempunyai kesan mengurangkan kesakitan.(2)

 

Seperti penggunaan ais, mandi ais juga menyempitkan saluran darah. Akibatnya, mereka mungkin mempunyai kesan yang sama terhadap kesakitan. Apabila anda keluar dari mandi ais, peningkatan peredaran darah ke tisu dan otot anda boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.(2)

 

Beberapa kajian melaporkan yang mandi ais boleh meningkatkan mood anda. Satu kajian oleh Kelly et al mendapati bahawa orang yang mengambil 20 minit berendam dalam air laut 12 darjah celsius telah mengalami peningkatan mood yang positif. Bukan itu sahaja, malahan individu yang berendam selama 18 minit melaporkan hasil yang sama.(3)

 

Tambahan, kajian oleh Yankouskaya et al melaporkan yang individu yang dikaji yang melakukan lima (5) minit rendaman air sejuk dalam air yang bersuhu 20 darjah Celsius membantu meningkatkan kewaspadaan (fokus) , mengurangkan kegugupan dan mengurangkan tekanan (stres).(4)

 

Tubuh badan manusia bertindak balas terhadap mandi ais bergantung pada faktor seperti status kesihatan , jumlah waktu yang dihabiskan di dalam air dan suhu. Mandi ais juga mempunyai beberapa keburukan atau kesan sampingan yang para pembaca wajib tahu sebelum melakukan mandi ais. Kesan negative mandi ais dirumuskan dalam jadual dibawah. (5)

Kursus Kecergasan 2024

 

Efek samping atau negative mandi ais Penjelasan
Suhu badan rendah (hipotermia) Mandi ais boleh menyebabkan tubuh badan menjadi terlalu sejuk dan menyebabkan suhu badan menurun secara mendadak. Hal ini boleh menyebabkan kegagalan organ.(6)
Ice Burn Sentuhan langsung dengan ais boleh membakar kulit anda, menyebabkan lepuh yang menyakitkan. Anda juga boleh mengalami frostbite iaitu kerosakan kulit dan kematian tisu yang disebabkan oleh pembekuan kulit dan tisu di bawahnya.(6)
Neuropati Pendedahan sejuk yang berpanjangan boleh mengurangkan aliran darah yang cukup untuk membunuh tisu dan menyebabkan neuropati atau kerosakan saraf yang kekal. Kerosakan saraf boleh menyebabkan kesakitan, kebas, dan kehilangan kekuatan otot.(5)

 

Kesimpulannya, mandi ais boleh membantu meningkatkan kewaspadaan atau fokus, mengurangkan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Mandi ais juga mempunyai faedah kesihatan seperti mengurangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan dan mood yang lebih baik.

 

Walau bagaimanapun, penyelidikan dan kajian adalah sangat terhad untuk mandi ais serta anda harus berwaspada dengan kesan nagatif mandi ais. Akhirnya, para pembaca wajib berkonsultasi dengan dokter anda jika anda ingin mencuba untuk mandi ais, terutamanya jika anda mempunyai kondisi perubatan atau penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau sakit jantung.

 

1. Espeland D, de Weerd L, Mercer JB. Health effects of voluntary exposure to cold water–a continuing subject of debate. International journal of circumpolar health. 2022;81(1):2111789.
2. Mooventhan A, Nivethitha L. Scientific evidence-based effects of hydrotherapy on various systems of the body. North American journal of medical sciences. 2014;6(5):199.
3. Kelly JS, Bird E. Improved mood following a single immersion in cold water. Lifestyle Medicine. 2022;3(1):e53.
4. Yankouskaya A, Williamson R, Stacey C, Totman JJ, Massey H. Short-term head-out whole-body cold-water immersion facilitates positive affect and increases interaction between large-scale brain networks. Biology. 2023;12(2):211.
5. Shadgan B, Pakravan AH, Hoens A, Reid WD. Contrast baths, intramuscular hemodynamics, and oxygenation as monitored by near-infrared spectroscopy. Journal of athletic training. 2018;53(8):782-7.
6. Nield LS, Nanda S. Cold injuries: a guide to preventing–and treating–hypothermia and frostbite. 2005.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: