Kesan Psikologi Steroid Anabolik

Ada satu kajian lama, 1972 berkenaan kesan psikologi steroid placebo pada pengguna. Kajian dibuat oleh Gideon Ahiel dan William Saville.

Mereka mengguna 15 subjek lelaki yang merupakan atlet universiti. Subjek diberitahu, mereka akan dilatih dalam jangka masa 7 minggu dan 6 terbaik akan dipilih untuk latihan tambahn 4 minggu dan akan diberi steroid anabolik, dianabol untuk fasa 2 tersebut.

Kursus Kecergasan 2024

Mereka menunjukkan peningkatan yang baik untuk 7 minggu dan 6 terbaik mula diberi pil, dikatakan dianabol tapi sebenarnya pil gula sahaja. Selepas menggunakan pil gula tersebut, kekuatan mereka meningkat hampir 3 kali ganda.

Setakat yang saya jumpa, ada 6 kajian kesan placebo dalam sukan. Saya sertakan rujukan di bawah.

Pernah sekali ketika di gim, ada pelanggan yang asyik minta steroid anabolik. Akhirnya saya cucuk dia vitamin C dan kata ianya steroid. Dia menunjukkan hasil yang menggalakkan, cuma tidak di dokumenkan dalam bentuk kajian. Ini sebenarnya menunjukkan, minda kita lebih kuat daripada apa kita sangkakan. Jika kita percaya, ia akan jadi.

Kesan placebo ini sebenarnya sangat sukar dikaji. Hopkin pada tahun 1999 kata, ianya mungkin disebabkan faktor motivasi.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3778695/
  2. https://www.arielnet.com/articles/show/adi-pub-01242/anabolic-steroids-the-physiological-effects-of-placebos
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10713997/
  4. https://scholar.google.com/scholar_lookup?title=The+effect+of+belief+on+sports+performance&author=C.J.+Beedie&author=A.J.+Foad&publication_year=2006&
  5. https://scholar.google.com/scholar_lookup?title=Placebo:+The+belief+effect&author=D+Evans&publication_year=2003&

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: