Berapa Lama Nak Bina Otot?

Berapa lama sebenarnya nak bina otot?

Selepas memulakan latihan bebanan, anda akan perasan kekuatan bertambah sebelum otot. Ia merupakan perubahan neuromuscular. Bila kita angkat bebanan, otot akan belajar untuk rekruit lebih serat otot dan seterus hasilkan daya lebih tinggi. Dalam bahasa sainsnya, rekruit lebih motor unit.

Bila kita mula bersenam, anda akan nampak kesan pembesaran segera. Itu bukan otot. Ia cuma darah yang di pam dan keradangan. Ia bersifat sementara. Bila ada keradangan, ia mula mengikat air ketika dalam proses pemulihan.

Kursus Kecergasan 2021

Mengikut kajian daripada Texas Tech, otot mula terbina selepas 4 minggu latihan yang konsistan. Mengikut kajian daripada Jepun, otot nampak ketara 8 hingga 12 minggu. Ada peserta tunjuk perubahan cepat, ada yang perlahan tapi secara purata 3 bulan.

Rujukan

  1. https://journals.lww.com/nsca-jscr/Fulltext/2010/02000/Time_Course_of_Changes_in_Muscle_and_Tendon.5.aspx
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28321637/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

4 thoughts on “Berapa Lama Nak Bina Otot?

  1. RamonDino says:

    Hello nak tnya…saya seorang student Dan tinggal d asrama..saya hanya mempunyai kelengkapan latihan dumbbell Dan menggunakan bodyweight sahaja..dan saya workout seminggu 5x..
    Isnin:Back
    Selasa:Chest
    Rabu:Legs
    Khamis:Delt
    Jumaat:Arms
    Sabtu Dan ahad:Rest

    Itulahh adakah jadual latihan sya Dan dari segi genetik saya tiada masalah sebab genetik saya memang cepat utk membina otot..jdi badan sya skrg bukan kurus Dan gemuk…tpi soalannya di sini saya ada masalah kekurangan asupan protein disebabkan saya masi student Dan mempunyai bajet utk membeli makanan protein..Dan saya hanya makan mkanan yg Disediakan oleh asrama sebanyak 3x dlm sehari…persoalan saya ialah boleh ka otot saya membesar walaupun saya tiada mencukupi asupan nutrisi atas faktor2 di atas yg saya sebut kann?…tpi saya mempunyai creatine dlm 250gram lah itu pun dihasilkan seorang …

    1. keperluan paling minima dan kritikal 0.4g protein/kg. cuba target 0.4-0.6 paling kurang

  2. RamonDino says:

    * tidak mempunyai bajet
    Sorry ada typo sikit hehehe

  3. RamonDino says:

    * dihadiahkan seseorang
    Maaf ada typo hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: