Kisah Kejayaan: Safhiful Rabbi aka Bacok
Safhiful Rabbi atau lebih dikenali sebagai Bacok, mula dapat kesedaran tentang keperluan menurunkan berat badan pada bulan Oktober 2013. Beliau telah menjalani ujian kesihatan dan mendapati paras kolestrol tinggi di samping berat badan mencecah 116kg, serta kandungan gula dalam darah yang membimbangkan. Pihak doktor menyarankan beliau mula menjaga kesihatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Tindakan yang diambil oleh beliau ialah mendaftar nama di gimnasium dan membuat rujukan info kesihatan di laman blog strengthsifoo.com. Selepas 2 bulan menjalani latihan yang kondusif di gimnasium dan merujuk kepada info berkesan di strengthsifoo.com, beliau berjaya menurunkan berat badan kepada 82kg di samping berjaya menurunkan bacaan kolestrol dan gula. Kini, beliau terus mengamalkan cara hidup sihat dan telahpun mengikuti kursus Fitness Instructor di bawah kelolaan Zaki Khan. Apa yang ingin disampaikan oleh beliau ialah supaya semua individu di luar sana sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang sihat, betul dan berkesan sebelum terlambat. Percayalah, kesihatan adalah satu nikmat paling berharga yang dianugerahkan Allah swt, hargainya.Sebarang pertanyaan mengenai diet dan latihannya, boleh diutarakan di ruang persoalan di bawah dan akan dijawab oleh Bacok.
assalamualaikum bekas lect PMM, nak tanya la ape diet seimbang(contoh pemakanan seharian) dan apa langkah2 yang patot saya ambil untuk transform mcm lect..saya bekerja di pejabat daerah jasin, boleh x dapatkan tips dan tunjuk ajar dari lect..terima kasih..
Wsalam wbt, sy msh lect di pmm. Utk dpt apa yg diinginkan, hati mesti kering, walau apapun, kira tahap kalori anda dan makan ikut nilai kalori anda, dan sebolehnya, mkn biar bersih means minimumkan minyak dan buang lemak. Diet mesti bersih dan betul, diikuti dengan traning yang betul seterusnya rehat yang secukupnya.
tahniah bacok.. u r the best!!