Kortisol dan Lemak

Secara amnya seperti diketahui ramai, lebih tinggi kortisol lebih sukar lemak dibakar. Jika kita tengok balik fungsi kortisol, ia mungkin menunjukkan perbezaan di situ. Kortisol boleh jadi hormon bakar lemak.

1. Kortisol mengurangkan penukaran T4 ke T3

T3 adalah hormon tiroid yang memberi impak kepada kadar metabolik kita. Lebih tinggi, kadar metabolik lebih tinggi. Anda bakar lemak banyak kalori setiap hari.

Dalam keadaan kekurangan makanan, keadaan susah, kortisol akan meningkat untuk memastikan paras gula stabil. Secara tak langsung kita memerlukan tenaga lebih rendah walaupun kerja tinggi. Ambil contoh, zaman darurat, perang di Tanah Melayu. Zaman Jepun memerintah. Rakyat tak mampu nak makan mewah akan tetapi kerja yang dilakukan tinggi. Badan akan menggunakan tenaga yang rendah tetapi kerja lebih tinggi.Kursus Kecergasan 2021

2. Membawa kepada rintangan insulin

Kortisol meningkatkan paras gula. Dalam kehidupan biasa, ia mungkin membawa kepada masalah hiperglisemia. Badan akan merembeskan insulin untuk menurunkan kembali paras gula dalam darah.

Jika terlalu kerap kortisol meningkat bermaksud juga keras insulin dirembeskan. Lama kelamaan badan akan masuk ke tahap rintangan insulin. Insulin tinggi bermaksud lebih sukar lemak digunakan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: