Kunyah Gula-gula Getah Dapat Hilangkan Double Chin

Betulkah gula-gula getah boleh hilangkan lemak di muka?
Benarkah mengunyah gula-gula getah dapat menghilangkan lemak di muka? Jadi, dengan mengunyah gula-gula getah, kita sudah tidak lagi tembam, ada double chin berlipat-lipat dan sebagainya.
Jadi, marilah kita kunyah gula-gula getah!
Tunggu dulu!
Menurut pakar dan kajian sains, hal itu tidak dapat dibuktikan.
Kenyataan,”Kunyah gula-gula getah dapat hilangkan lemak di muka” adakah tidak benar sama sekali.
Orang putih panggil ini sebagai spot reduction, iaitu menghilangkan lemak di satu bahagian khusus seperti perut, leher, lengan dan sebagainya.
Sekiranya kita mahu membakar lemak, maka lemak satu badan yang patut dibakar, bukan satu-satu bahagian di badan sahaja.
Contohnya, kita hendak menghilangkan lemak di lengan, maka kita lakukan senaman untuk lengan seperti bicep curl dan sebagainya. Ini spot reduction!
Kita hendak mengecilkan punggung, maka kita lakukan squat dan hip trust. Ini juga spot reduction!
Jikalau kita mahu membakar lemak di satu-satu bahagian badan, kita wajib bersenam untuk seluruh badan. Ini adalah prinsipnya.
Saya petik kata-kata daripada Dr. John Mesa, seorang pakar bedah plastik dari New Jersey, New York.
Kata beliau, mengunyah gula-gula getah tidak akan membakar lemak di muka, sebaliknya ia akan menambah lagi saiz tembam itu.
Sebab apa?
Sebab, mengunyah gula-gula getah menguatkan lagi otot rahang. Otot yang kuat, ia akan berkembang dan membesar.
Jadi, tambah pula dengan lemak yang sudah menyelubungi muka, itu menjadikan muka kita lebih kelihatan besar, bukan mengecil.
Jadi, mana mungkin mengunyah gula-gula getah dapat mencantikkan postur muka kita. Ia bertentangan dengan dua prinsip besar:
- Spot reduction itu adalah mitos.
- Mengunyah itu menguatkan otot, bukan membakar lemak sedia ada.
Selain itu, ada kesan-kesan sampingan mengunyah gula-gula getah ini. Mari saya ceritakan dua kajian.
Kesan-kesan Lain Mengunyah Gula-gula Getah
Mengunyah gula-gula getah selalu dapat memberi sakit kepala yang kronik
Kajian yang dilakukan oleh Watemberg et al. memperlihatkan sebahagian besar pesakit yang berhenti mengunyah gula-gula getah, kepala mereka semakin pulih.
Kajian oleh Lippi et al. juga mendapati perkara yang sama. Gula-gula getah boleh bagi sakit kepala.
Akhir
Mengunyah gula-gula getah tidak dapat menghilangkan lemak di muka. Tambahan pula, ada beberapa kajian yang melaporkan ia boleh memberi sakit kepala.
Untuk menghilang lemak di muka, kita wajib melakukan senaman untuk seluruh badan. Kardio, angkat berat bagi semua otot dan sebagainya.