Kurus Tapi Gemuk?

Kurus tapi gemuk? Tahukah anda, kurus tak semestinya sihat. Ramai juga saya kira dilahirkan kurus, makan apa sahaja tapi naik berat badan. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai rahmat tuhan, tapi boleh jadi sangat bahaya. Anda juga dikaitkan dengan penyakit berkaitan obesiti seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung dah sebagainya.

Dalam media sosial, ia biasa dipanggil ‘skinny-fat‘. Dalam perubatan di panggil TOFI, Thin Outside Fat Inside. Banyak kaedah yang masih diguna pakai untuk menentukan kesihatan seseorang seperti BMI yang dicipta oleh Lambert Adolphe Jacques Quetelet. Ia masih digunakan secara meluas, anda boleh cuba di sini.

Ia antara indikator yang tidak lagi relevan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Lebih baik ukur peratus lemak. Bagaimana nak ukur? Tengok di bawah ini;

Tak semua lemak sama. Ada lemak yang dikategorikan sebagai lemak viseral. Lemak viseral tersembunyi di antara organ-organ tubuh. Pernah tak guna penimbang yang mengeluarkan bacaan lemak viseral? Percayalah, semua itu tipu. Lemak viseral hanya boleh diperiksa dengan buat imbasan CT atau MRI. Penimbang cuma buat anggaran berdasarkan peratus lemak.

Kursus Kecergasan 2021Menurut kajian, sekitar 10 peratus daripada lemak badan adalah lemak viseral. Mengikut kajian daripada T’H. Chan School of Public Health, sekiranya perempuan memiliki pinggan lebih 35 inci, dan lelaki lebih 40 inci, anda sangat berisiko untuk pelbagai masalah kesihatan. Anda boleh ukur ratio pinggang ke pinggul di bawah;

Banyak kajian menunjukkan lemak viseral merembeskan protein pengikat retinol 4 (RBP4), protein yang meningkatkan rintangan insulin. Lemak viseral juga meningkatkan tekanan darah dengan cepat.

Suka tak suka, walaupun anda ada badan yang makan apa sahaja tak gemuk, anda kena bersenam dan amalan pemakanan yang sihat juga. Pencegahan itu lebih baik daripada tiba-tiba sakit.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Kurus Tapi Gemuk?

  1. memang bahaya lemak lemak tersembunyi. bila lemak dah berkumpul banyak dekat hati dan pankreas, tiba tiba ada rintangan insulin walaupun badan luaran nampak kurus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: