Lebih Kuat Grip, Lebih Lama Hidup

Kekuatan cengkaman menentukan tahap panjang umur seseorang, lebih kuat cengkamannya, lebih lama ia boleh hidup

banyak kajian yang dilakukan bagi mengukur panjang umurnya seseorang dengan kekuatan fizikal.

Namun, kekuatan ini tidaklah dapat diukur semua sekali. Beberapa kajian hanya memfokuskan kekuatan cengkaman (grip) sahaja.

Kursus Kecergasan 2024

Contohnya, pada tahun 2014 ada diterbitkan satu kertas kerja yang mengkaji kekuatan cengkaman 923 orang linkungan umur 50 ke atas di kawasan kampung Ghana.

Kajian mendapati, mereka yang panjang umur rata-rata memiliki kekuatan fizikal yang tinggi. Hal ini boleh diukur daripada kekuatan grip mereka. Pengkaji hanya perlu menggunakan alat dynamometer bagi tujuan tersebut.

Kajian yang lebih kurang begini pernah dilakukan di China pada tahun 2017. Hasil memperlihatkan individu yang panjang umur mempunyai fizikal yang kuat.

Ini membawa kepada kesimpulan yang sama, kekuatan fizikal menyihatkan tubuh badan dan membuatkan seseorang hidup lebih lama. Oleh kerana itu, senaman latihan beban untuk meningkatkan kekuatan otot badan adalah sangat penting sama sekali pada semua lapisan masyarakat. Tidak kira umur.

Semua wajib melakukan latihan beban. Hal ini boleh saja melibatkan beban badan sendiri (bodyweight) sepertimana yang dilakukan oleh mereka yang menceburi kalistenik.

Persoalannya, mengapa kekuatan cengkaman atau grip yang selalu dijadikan kayu ukur? Banyak kajian yang menjadikan ia sebagai kayur ukur seperti Bohannon dan Ling et al.

Ini adalah kerana kekuatan cengkaman merupakan kunci kepada seluruh kekuatan tangan. Tanpa kekuatan cengkaman, tiada beban yang mampu diangkat.

Ada satu kata-kata yang popular, “If you can’t hold onto it, you can’t lift it”. Maka, daya untuk hold itu adalah bergantung pada kekuatan grip kita. Sebab itulah kekuatan cengkaman dijadikan kayu ukur pada kekuatan seseorang.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: