Tingkatkan Mind Muscle Connection

Mind Muscle Connection adalah menumpukan perhatian pada otot yang bekerja ketika latihan beban

Dalam bahasa yang mudah, Mind Muscle Connection (MMC) adalah bilamana minda kita memberi perhatian penuh pada otot yang bekerja ketika melatih beban.

Contohnya, kita sedang melakukan latihan bench press. Maka, otot yang bekerja bagi latihan berkenaan ialah trisep, dada, bahu dan teras badan. Untuk memaksimumkan pergerakan otot-otot ini, otak kita perlu fokus padanya ketika latihan berlangsung.

Mudah saja, bukan?

Terdapat kajian yang memperlihatkan MMC memberi kesan yang lebih signifikan pada perkembangan otot (Schoenfeld et al., 2018).

Mengapa hal ini terjadi?

Disebabkan, otak atau minda kita berhubung dengan seluruh badan. Apabila otak kita fokus pada perkara yang disasarkan seperti otot yang bekerja, maka seluruh badan kita akan bergerak mengikut perkara tersebut.

Hasilnya, otot yang disasarkan itu akan bekerja dengan maksimum lalu mengakibatkan perkembangan dan pertumbuhan yang signifikan.

Kursus Kecergasan 2021

Secara tidak langsung, MMC membantu kita dalam memperbetul pergerakan latihan kita di gim. Bukan itu sahaja, siapa-siapa yang mengamalkan MMC ini, pasti akan memperlahan pergerakan sehingga pergerakan akan melatih beban menjadi tepat.

Sebelum itu, MMC ini hanya terpakai pada latihan beban untuk membina otot sahaja. Untuk senaman-senaman eksplosif seperti berlari, berbasikal dan sebagainya, tidak perlu mengamalkan MMC. Ini adalah kerana pergerakan ekplosif akhirnya akan menyasarkan seluruh badan juga, terutama sekali otot jantung.

 

Rujukan

  1. Differential effects of attentional focus strategies during long-term resistance training
  2. How Thinking Harder Can Grow More Muscle

 

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: