Lemak

Siapa kata lemak tak penting? Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan badan untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya. Lemak juga menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati. Lemak juga menjadi agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.

Kursus Kecergasan 2024

Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;

Lemak Tepu + Lemak Trans

Lemak tepu hadir dalam makanan seperti daging merah, kuning telur, keju, mentega, susu, bahan-bahan biskut, kek, makanan bergoreng dan sebagainya. Pemakanan rakyat Malaysia secara amnya mengandungi sekitar 40% lemak. Daripada jumlah ini, 20-25% daripada lemak tepu, yang mana menjadi punca utama penyakit jantung koronari, kencing manis dan penyakit degeneratif yang lain. Minyak sayuran yang dimasak juga termasuk dalam kategori lemak trans, jadi jangan gunakan minyak zaitun untuk masak. Minyak zaitun elok digunakan selepas makanan siap dimasak sebagai dressing.

Lemak Tak Tepu

Lemak tak tepu terbahagi kepada monounsaturated (mono) dan polyunsaturated (poli). Lemak mono sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, minyak canola, avocado, almond dan sebagainya. Lemak poli terdapat dalam minyak bunga matahari, minyak jagung, dan sebagainya. Lemak mono perlu dilebihkan dalam diet harian. Ia membantu menurunkan paras LDL (low density lipoprotein).

Asid Lemak

Asid lemak perlu adalah daripada kategori lemak poli juga. Mereka penting dalam mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung koronari, diabetis jenis 2, sesetengah kanser, arthritis, tekanan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis asid lemak penting iaitu omega-3, omega-6, dan omega-9. Omega-3 dan omega-6 boleh diambil melalui pemakanan manakala omega-9 boleh dihasilkan melalui lebihan omega yang lain. Beberapa jenis omega boleh dijumpai dalam makanan seperti avocado, biji-bijian, minyak flaxseed, walnut, minyak ikan, ikan salmon, sardin, tuna dan sebagainya.

Kolesterol

Kolesterol sebenarnya penting untuk pelbagai fungsi seperti pengangkutan. Terdapat dua jenis kolesterol, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ianya akan disimpan di dinding arteri dan seterusnya membentuk sekatan di arteri. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik yang bertindak sebagai penyapu jalan di arteri dan membawa kolesterol tak perlu ke hati untuk diproses.

Walaupun lemak diperlukan badan tetapi perlu diingatkan bahawa lemak tetap lemak. 1 gram lemak mengandungi 9 kalori. Terlalu banyak lemak walaupun lemak yang baik akan disimpan sebagai lemak juga.

Nota: Tahukah anda pengambilan lemak trans yang tinggi dalam diet boleh menjadi penyebab tekanan atau depression?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

24 thoughts on “Lemak

  1. salam tuan,

    bagus tuan topik nie,kekadang kt mkn secara x sengaja lemak trans kerana mgkn x tau n ada yg tau tp mkn jgk.huhu..ada x cara bg lemak trans nie digunakan secara mksimun…tuan brape bnyk lemak yg mgkn menyebabkan berat bdn kt naik..mksd sy dlm cara mkn brape lama akan menyebabkan badan kt naik….

    1. wasalam.

      nak elak 100% tu mungkin mustahil, minimumkan sehabis boleh. buat clean diet. lemak di bdn akan naik 1 lbs jika ada lebihan 3500 kalori secara akumulatif.

  2. huhu…baru pulak tahu yg olive oil ni x baik utk masakan..apa alternative nya Dato’ ?

    1. jika terpaksa juga guna minyak utk masak, guna minyak canola, yg merah tu. debat pasal minyak x pernah habis. negara keluar minyak A akan ckp minyak A bagus, negara kluar minyak B akan ckp minyak B bagus.

  3. tk fham knpe dato’ ckap olive oil ni tk sepatut nye jd kn minyk masakan? ape tindak balas dia? dn knpe ia berlaku? jd ape yg sepatut nye ? adakah minyk sawit?

    1. olive oil x bgs utk masakan, tp bagus jika x dimasak. tindakan chemical hydrogenated atau separa hydrogenated akan rosakkan structor awalnya menyebabkan jd x baik. sbb tu kalau tgk kebanyakan makanan perancis, lepas masak, baru pakai olive oil sbagai dressing.

      kalau rasa perlu guna minyak gak, guna minyak canola, yg merah tu. debat pasal minyak x pernah habis. negara keluar minyak A akan ckp minyak A bagus, negara kluar minyak B akan ckp minyak B bagus.

      tp lg elok kalau x masak pakai minyak. 🙂

      1. gtu ke dato’ emm thanks dto’

  4. berhubung dgn olive oil kalau guna masa masak akan menyebabkan berlaku chemical hydrogenated…macammana pula kalau daging@ayam yang direbus…adakah sama persamaannya?cth:dada ayam kalau bakar ada 30-40gram protein…kalau rebus?

    1. x kira rebus atau bakar,
      nutritional value akan drop jika compare ngan mentah
      bakar vs rebus, rebus kurang fat, boleh dilihat drpd air yg direbus, berminyak.
      pengurangan nutritional value bergantung pada masa brapa lama terdedah pada suhu, brapa kuat suhu dan faktor2 lain. jd ada perbezaan jumlah protein, ayam bakar lebih tinggi protein compare ngan ayam rebus. ayam rebus mungkin 20+, atau kurang lg bergantung pada berapa lama rebus.

  5. byk yg bertanya pasal olive oil. kalau compare minyak zaitun ngan minyak sawit utk goreng, pasti minyak zaitun lebih elok. tp kena igt apa2 minyak sayuran kalau dimasak, hasilnya tetap sama. jd seeloknya, kalau boleh elakkan minyak dlm ‘masakan’. saya cuma suggest minyak canola dlm masakan kalau ‘perlu’, masa2 darurat ke, xde makanan. dari dulu ke sekarang debat minyak apa yg elok utk masakan x pernah abis, america akan ckp minyak soya terbaik, sbb dia kluarkan minyak soya, malaysia akan ckp minyak sawit, sbb malaysia keluar minyak sawit dan seterusnya.

  6. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, kesimpulan drpd semua nie, minyak uratt jugak yg bangus, hehehheheheheh……

    1. minyak lintah la paling bgs bro..huhuhu

  7. minyak tepu tu penting tak untuk orang yang workout?

  8. salam Dato ZAki khan

    Dato,macam mana kalau tangan saya kecil sebelah?,bukan cacat..tetapi otot kanan saya lagi besar dari otot kiri ,mcm mana nk bagi normal?

    1. balancekan training balik. biasanya disebabkan dominant side. menulis tgn kanan=tgn kanan lebih besar. boleh lebihkan beban pada tangan kiri

  9. Abu mat gOPOH says:

    Dato Zaki,kawan saya mempunyai berat lebih ringan tetapi nape badan dia lebih besar dari saya,berat dia dalam lingkungan 58 manakala saya 60 kg ,Why?,but tinggi saya aje

  10. salam dato’,

    terliur tngok nasi lemak kat atas tuh. brp kalori yg terdapat dlm sepinggan nasi lemak.boleh ke kalu kita makan 1 seminggu?

    1. nasi lemak biasa sekitar 550. x campur ayam. ayam bergantung pada size n masak

  11. dato… macamana nak hilangkan lemak yang degil dekat bahagian bawah perut… boleh bagi tips dan kaedahnya. Harap jawapan dato dapat memberi idea untuk saya berusaha lagi. tima kasih.

    1. part perut, mmg kena jaga makan. dari segi latihan, saya rekomen, hanging leg raise.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: