Malaysia No 1 Dunia Dalam Industri Kecergasan
Siapa kata Malaysia ketinggalan 30 tahun dalam bidang kecergasan? dalam bidang sains sukan? Saya pernah terbaca beberapa artikel suatu ketika dahulu yang mengatakan negara kita ketinggalan dalam bidang kecergasan berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Mereka ada jutaan kajian, ribuan ilmuan yang saban hari mengkaji cara melakukan senaman, bagaimana hendak membakar lemak dengan lebih cepat, mengkaji rahsia-rahsia diet dan sebagainya. Mereka ada badan-badan khas yang mengesahkan sesuatu kajian, mengiktiraf jurulatih-jurulatih dan sentiasa memperbaharuinya. Mereka ada American College of Sport Medicine (ACSM), mereka ada American Council on Exercise (ACE) dan sebagainya.
Malaysia berganda-ganda lebih hebat. Kita dah mencapai tahap negara terlampau maju. Kalau disana perlu bersenam, di Malaysia tak perlu bersenam. Kita ada pelbagai jenis teknologi. Tanpa senaman, badan boleh sihat. Tanpa senaman, boleh bakar lemak. Kenapa perlu bersusah payah untuk bersenam? Di Malaysia;
1. Kita ada koyok. Tampal koyok boleh kurus. Lemak ditarik keluar daripada kulit. Bila buka koyok, tengok berledir. Kata mereka, ‘lemak ditarik keluar’
2. Kita ada sauna kotak. Duduk dalam kotak itu dah boleh kurus. Kata mereka, ‘sauna ni sama seperti bersenam, kenapa perlu bersenam?’. Kalau di luar sana, sauna kotak tersenarai antara 10 produk paling bodoh di dunia tetapi di Malaysia, sauna produk terbaik.
3. Kita ada krim ajaib, krim pati halia dan sebagainya. Sapu terus kurus dalam masa lima minit. Walaupun lemak mengambil masa yang lama untuk terbina tetapi boleh dihilangkan dalam lima minit.
4. Kita ada teknologi batu gunung berapi, magnet hitam dan sebagainya. Pakai gelang pun badan boleh sihat. Kenapa perlu bersusah payah bersenam dan sebagainya. Jumpa sahaja AC Mizal. Dia boleh bantu.
5. Kita ada korset untuk kurus. Korset memberi badan yang ramping seperti kerengga dan lagi hebat boleh mencegah kanser. Tak perlu daftar di mana-mana gymnasium. Cukuplah sekadar beli Premium Beauty.
6. Kita ada pil daripada alam lain. Telan pil boleh mendapat badan langsing seperti model. Teringin nak jadi ratu cantik?
7. Kita ada pusat pelangsingan. Kenapa perlu susah-susah sertai kelas aerobik? Marilah ke pusat pelangsingan, balut badan dengan plastik, urut dan segala macam di sana. Tetapi ingat, lepas pukul 4 tak boleh makan.
8. Kita ada pelbagai jenis minuman. Kita ada JM5, ada SD2, dan pelbagai lagi. Kenapa perlu susah payah jaga makan. Marilah beli, 1 tin tak sampai beribu. Sebulan pakai 4 tin sahaja.
9. Kita ada pelbagai jenis jamu. Tak susah mencari. Dimerata-rata ada. Singgahlah di chow kit.
10. Kita ada mesin elektrostatik. Tak perlu mencari maut dengan baring di atas landasan keretapi. Cukuplah sekadar keluar duit belasan ribu. Aliran darah pun boleh jadi lancar. Jumpalah Dr Jism.
Jadi siapa kata Malaysia ketinggalan?
salam tuan, ayat power nampak kat atas..?hehehhehe
wasalam. haha.
podehnyoo..
terkena ke? :p
tempias2 la. insaf dah..ehehe..
kita ada puasa.. bulan ramadan nih ada orang berpuasa sebab nak kuruskan badan, lepas tu komplen tak kurang2 berat walaupun dah 2 minggu puasa. haha
puasa tu cam x kena, pasal negara lain pun ada puasa, tp kalau puasa utk kuruskan bdn tu kena. 😀
inila mine set warga negara kita…men dgr jea kata2 kawan tanpa buat study n bertanya pd yg bertauliah ..jumpa kawan A ikut cara kawan A then xjadi…then bila jumpa kawan B ikut cara B masih lg xjd..then bila jumpa C len pula caranya..kepala pn mula pening…badan xjadi2 then jumpa org baru yg baru nak belajar bukan men memberi ilmu yg bukan2 n kolot…laz2 sama2 xjadi…in the end mcm2 alasan yg biberi konon2 supplement yg d pakai bukan brand yg bagus la, cara angkat besi salah la..bla…bla…bla….padahal badan mereka sendiri langsung x brubah….huhuhu…ckp pn ssh…
ini kan Malaysia. :p.
berbalik balik pada entri sbelum ni, http://strengthsifoo.com/rahsia-membentuk-badan/
bila semua x jd, baru kembali kepada no 1. 🙂
hahaha, terbaik dato
:p
wow…tepat,padat dan melekat….padu sekali penangan nie tuan..br mereka tau…nak sihat makin parah..duit keluar beribu riban tp hasil menambahkan penyakit..sampai bila la benda nie nak jd..klu blh tuan olah dgn lebih lg..huhu…
insyAllah akan olah. topik hari ni santai je. 🙂
mcm2 ada di negara Malaysia ni
mineral telaga sakti yg boleh ubat pelbagai penyakit, ECPI
jus kulit buah utk sejuta penyakit. monavie, lepas ni ada jus kulit durian plak kut
mmg terbaik…..
Rupa2nya anda mengarut. Hahaha 😀
fuhhh….terbaek la datok!!!tersenyum dr rozmey bace nh…hahaha
Hahaha… Troll da :D!~~~~
Terbaeekkk!!!
hahahaha! headshot satu kali! good entry bro…
Uppercut 2 kali..Terbaik lah!!!
haha buat kerja penat/training la baik.sihat juga untuk jantung.jgn harap benda2 yang mengarut.mcm tak logik.lepas ni duduk dalam peti ais sejam boleh hilangkan lemak kot….. : D
Kapowww..kaw2 punye perli tuan hahahaaa.
Terbaikkk.