Memahami Masalah Sakit Pinggang
Ramai minta saya menulis tentang latihan yang sesuai untuk mereka dengan masalah pinggang termasuk slip disc. Agak sukar sebenarnya disebabkan setiap diagnosis berbeza. Ramai berhenti bersenam disebabkan tak tahu bagaimana lakukan senaman yang selamat selepas berdepan masalah ini. Bahagian senaman saya masukkan dalam entri berbeza nanti.
Sakit belakang ini boleh jadi disebabkan kemalangan, angkat bebanan tinggi dengan cara salah, atau boleh terbentuk daripada kecil bermaksud masalah itu berpunca semasa kanak-kanak. Ada kalanya senaman ringan tapi membebankan pinggang juga boleh sebabkan kecederaan.
Ada 2 jenis sakit;
– Akut. Sakit jangka masa pendek, mungkin beberapa hari atau minggu. Kebanyakan sakit pinggang adalah kategori akut. Ia biasanya hilang sendiri selepas berehat seketika. Ada kes mungkin ambil masa.
– Kronik. Sakit berterusan untuk 12 minggu ke atas. Sekitar 20 peratus dengan masalah akut berubah ke kronik. Dalam kebanyakan kes, sakit pulih dengan rawatan, tapi ada kes sakit masih ada walaupun dah buat pembedahan.
Jom fahami struktur belakang
Bahagian belakang di bahagi kepada 5 bahagian. Bahagian lumbar, kawasan pinggang ini adalah tempat yang paling biasa cedera. Ia sokong kebanyakan berat bahagian atas badan. Selain lumbar, ada cervical (leher), thoracic (dada), sacral dan coccyx (bawah lumbar). Di antara vertebra ada pad yang dipanggil intervertebral disc yang bertindak bagai penyerap (absorber). 26 vertebra ada penyerap ini. Terdapat 31 pasang saraf yang mengawal pergerakan badan dan menyampaikan signal daripada badan ke otak.

Apa yang menyebabkan sakit?
Ada pelbagai penyebab dan diagnosis. Saya senaraikan yang biasa berlaku.
Congenital
– Masalah skeletal. Seperti scoliosis, lordosis, kyphosis dan sebagainya. Boleh datang daripada pelbagai punca seperti habit yang buruk, pakai beg sandang sebelah badan sepanjang zaman persekolahan sebagai contoh
– Spina bifida. Masalah pembentukan spinal cord yang tidak lengkap
Kecederaan
– Sprain pada ligamen
– Strain pada otot atau tendon
– Spasm, tetiba otot kontrak
– Traumatik, mungkin disebabkan sukan, kemalangan, jatuh dan sebagainya
Masalah degeneratif
– Intervertebral disc degeneration, apabila meningkat usia kusyen semakin berkurang
– Spondylosis, hasil penggunaan berterusan sendi, disc dan tulang
– Arthritis, seperti osteoarthritis dan rheumatoid arthritis
Saraf dan saraf tunjang
– Spinal nerve compression
– Sciatica, disebabkan sesuatu menekan saraf sciatic yang melalui otot punggung ke kaki. Biasanya rasa sakit daripada pinggang turun ke punggung dan sebelah kaki
– Spinal stenosis, pengecilan ruangan spinakl yang beri tekanan pada saraf tunjang dan saraf
– Spondylolisthesis, vertebra bahagian bawah terkeluar daripada tempatnya dan menekan saraf
– Herniated disc, intervertebral disc tertekan dan terkeluar. Ini yang biasa disebabkan ramai sebagai slip disc
– Jangkitan, boleh jadi pada vertebrae, intervertebral disc, atau sendi sacroiliac
– Cauda equina, biasanya susah kencing dan berak. Jika dibiarkan boleh menyebabkan rosak kekal
– Osteoporosis, masalah tulang rapuh
Masalah lain
– Batu karang, juga boleh menyebabkan sakit pinggang, biasanya sebelah sahaja
– Endometriosis, pembentukan tisu uterine luar daripada uterus
– Fibromyalgia, sakit kronik seluruh badan
– Tumor, boleh menyebabkan saraf tunjang atau saraf rosak
– Mengandung, menampung bebanan tinggi dengan keadaan pinggang tak kuat untuk menampung. Biasanya hilang selepas bersalin tapi ada juga kes menyebabkan slip disc semasa mengandung
Ada juga kes jarang berlaku seperti autoimmune dan sebagainya.
Rujukan
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4926733/
https://www.uptodate.com/contents/low-back-pain-in-adults-beyond-the-basics
https://www.researchgate.net/publication/340254184_Low_Back_Pain_in_2020_new_frontiers_and_old_limits_of_our_understanding_An_overview_of_the_state_of_the_art_from_a_rehabilitation_perspective
https://www.aafp.org/afp/2000/0315/p1779.html
https://www.spine-health.com/blog/understanding-lower-back-strain




