Motivasi dan Demotivasi

Beberapa hari lepas, saya ada ajukan persoalan di beberapa kumpulan di facebook, di forum-forum. Soalannya berbunyi, ‘Apa yang memotivasikan anda untuk terus bersenam dan apa yang membantutkan niat tersebut?’ Pelbagai jawapan diterima.


Kursus Kecergasan 2024

Motivasi

1. Untuk memakai baju kebaya saiz S, atau pakai kembali baju-baju lama yang dah berabad simpan dalam almari
2. Jeles dengan orang sekeliling yang bergaya sakan dengan bentuk badan yang menarik
3. Taknak mewarisi penyakit keturunan
4. Ingin kelihatan menarik supaya boleh menarik pasangan. Selama ini tiada orang minat
5. Nak bawa motor besar, jadi berminat untuk besarkan lengan
6. Asyik kena kutuk, orang mengata gemok
7. Berminat menyertai sukan, samada sukan kompetatif, bina badan dan sebagainya
8. Jaga market dan harga diri
9. Atas nasihat doktor
10. Tiada aktiviti lain, jadi isi masa lapang dengan riadah

Demotivasi

1. Tiada sokongan orang disekeliling termasuk ahli keluarga, kawan-kawan dan sebagainya
2. Kos terlalu tinggi
3. Tidak tahu cara untuk mencapai sasaran
4. Malas dan sentiasa cipta alasan
5. Leceh nak jaga makan, makan dekat luar
6. Tiada disiplin
7. Hangat-hangat tahi ayam
8. Tak boleh tahan nafsu makan
9. Dah cuba macam-macam cara tetapi tidak berkesan
10. Sibuk dengan aktiviti harian

Apa pula kata anda? Apa yang memotivasikan anda untuk terus bersenam dan berusaha mencapai matlamat? dan apakah cabaran setiap kali sedang berusaha?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

26 thoughts on “Motivasi dan Demotivasi

  1. Zaki Khan says:

    jika ada tambahan, mari kita bincangkan. 😀

  2. aie rudyz says:

    demotivasi…bila kita demotivasi..kita kena tgk balik kenapa n mengapa kita nak badan cantik….sebab tu ramai atlit bina badan..meletakkan gambar-gambar badan bodybuilder yg cantik …sebagai pembakar semangat….. (sekadar pandangan)

    1. Zaki Khan says:

      btul, tu salah 1 cara utk naikkan kembali semangat. disamping byk bergaul dgn mereka2 dlm bina badan. tgk contest dll

  3. Mir Amirul says:

    Sala, sy tgk je pic2 bdn2 muscular, n tgk wrestling, huhu..nk bdn cam diorg….heh, nk ltak pic kt wadrobe tkut mmber kta gay plak..haha

    1. Zaki Khan says:

      hahaha. buh ayat sikit kat bawah tu, ‘im in the future!!!’

  4. demotivasi…
    kecederaan rotator cuff pada bahu kanan….
    bila tiba time rasa sakit ada masa nak buat perkara semudah pakai baju pn xselesa malah ada masa rasa sakit. ape lagi klau buat weightlifting. bila tiba masa sakit tu la mulalah malas nak ke gym.

    motivasi…
    nak badan yang sihat dan bertenaga..
    aku seronok bersenam d gym
    ada progress
    ryan reynolds masa dia berlakun citer “BLADE TRINITY” sabagai HANIBAL KING
    scott adkins masa dia pegang watak CASEY dlm citer “NINJA 2009”
    dan yg terbaru aku nak beat mamat sorang kat gym tmpt aku main. aku anggap dia je dia “berlagak ngan aku dgn badan dia” walaupn pada hakikatnye kami kawan.

    1. Zaki Khan says:

      bab kecederaan tu jgn dibiarkan. makin lama mungkin makin teruk. bila dah teruk, susah nak pulih.

      elok juga ada saingan. saling bersaing, tgk sapa terbaik.:D

      1. utk kecederaan tu dah p fisio d hospital kerajaan. ada la kurang. tp dsbbkan agak menggangu waktu kerja, saya stop slps 4bln. masalahnyer kdg2 ada exercise yg trigger sakit tu semula. ada x exercise yg bagus utk rotator cuff injury?

        1. Zaki Khan says:

          kena betulkan dulu. baru bleh kuatkan. slalu otot tu x btul, buat senaman, takut makin teruk

  5. zulkifli bin isa says:

    motivasi yg buat sy trus w.out adalah utk kekalkan fitness sampai tua..long term investment..kalau duit sikit2 jd bukit mcm tu jugak workout lama-lama makin menjadi & makin sihat.apa yang tengok.atlet-atlet bila dah berumur still cergas..xnak sakit sampai menyusahkan keluarga…exercise buat kita awet muda.berabis duit untuk gym xpe untuk masa depan….jangan berabis duit joli clubbin,pompuan etc yg xdak faedah…

    1. Zaki Khan says:

      ini semangat yg kita nak. ke arah kesihatan. bukan semata2 kearah kecantikan. exercise as a preventive medicine. jgn bila dah sakit nanti, baru mengeluh, ‘kenapalah dulu aku malas bersenam’

  6. nurul_fatihah says:

    saya kurang bersemangat, bila nak diet, tgk kawan2 mkn sedap. huhuhu

    1. Zaki Khan says:

      pedulikan kawan2 tu. :D. time dorang makan, g duk jauh2.

  7. aie rudyz says:

    (sekadar menyibuk)….lagu…ntah lah.. tapi asal nak start workout jerq mesti download lagu baru…lagu kat mp3 kena sentiasa fresh…n lagu mestilah jenis yg rentak agresif sikit…baru semangat terbakar hehehe….

    1. Zaki Khan says:

      kat sini kitaorang layan lagu campur, dangdut ada, cina ada, thai, indon, english, malay, spanish.:D

  8. untuk suami dan anak2. nak kelihatan cantik balik

    1. Zaki Khan says:

      saya sokong kiranya kelihatan cantik utk suami. kekadang kes makan luar si suami pasal dia lebih selera tgk prempuan2 di luar. :p

  9. KESIBUKAN MASA BUKAN SATU ALASAN, JAWAPANNYA ANDA HENDAK ATAU TIDAK!!!!! SEMANGAT PERLU KUAT DAN SEPATUTNYA SEMAKIN USIA MENINGKAT KITA MAKIN BERUSAHA HIDUP LEBIH AKTIF KERANA PROSES PENUAAN DAN RISIKO MENDAPAT PENYAKIT SEMAKIN TINGGI.

    – Jom senam

  10. SIHAT dan CERGAS adalah dua perkara yang berbeza. SIHAT fizikal bermakna anda bebas dari sebarang penyakit akut atau kronik, penyakit yang diketahui punca atau tidak dan juga penyakit dari genetic. Seseorang yang cacat anggota badan dan bebas dari sebarang penyakit juga dikategorikan sebagai SIHAT.

    CERGAS pula dikaitkan dengan kemampuan anda untuk melakukan kerja harian tanpa rasa penat dan mempunyai tenaga tambahan untuk melakukan kerja yang di luar jangkaan atau di luar kebiasaan. Sebagai contoh, anda biasa pulang dari pejabat jam 5 petang dan sampai di rumah jam 6 petang, tetapi ada ketikanya disebabkan oleh kesesakan jalan raya, anda sampai di rumah jam 7 petang. Sekiranya anda terasa lesu, letih dan mengantuk; ini bermakna anda TIDAK CERGAS.

    Untuk bebas dari sebarang penyakit ianya lebih mudah tetapi untuk lebih cergas ianya memerlukan disiplin dan perlu melalukan aktiviti fizikal. Kecergasan boleh dikategorikan kepada cergas FIZIKAL, Cergas MINDA dan Cergas SPIRITUAL.

    – sekadar berkonsi pendapat

    1. Zaki Khan says:

      byk boleh kupas pasal topik ni sbenarnya. sihat fizikal, mental, rohani dan sebagainya. topik yg terlalu luas. kesihatan, kecergasan ni terlalu besar.

  11. salam dato’

    sy dh 7 bulan pegi gym..memula mmg bersemangat..gym bg sy cam taman permainan..lepas ofs mesti nk pegi..and tgk body artis bollywood yg lean mmg menaikkan semangat..

    sekg bile dh dpt apa yg diidamkan..saiz baju pun dh boleh pakai saiz S..saiz punggung yg kecik and cute cam apple..saya pun rasa dh malas nk pegi gym…pegi pun setakat mengeluarkan peluh seminggu sekali…and bile tak pegi dan makan pun tak control..mmg ada kenaikan..

    boleh tak dato’ tulis ttg topic memula rajin lepas tu malas ni…:)

    tq dato’..

  12. motivasi=
    sebagai abang sy kena jadi contoh utk adik2
    saya mesti kuat, tabah, mesti jadi terbaik utk mereka dalam segala aspek
    hanya sebab itu sebenarnya, saya main besi. haha

  13. Sekarang ni memang tengah bersemangat nak mengecilkan badan dengan mengamalkan diet pemakanan tak ambil kabo pd waktu malam…. tapi waktu siang lantak habis tapi tengok-tengok juga, dah kurang ambil lemak.. exercise 1/52 sekali aje ada la turun dekat 10kg dalam masa 3 bulan ni.. bukannya apa takut penyakit2 yg tidak dingini datang… ada juga yg cakap nampak dah kurus sikit …(motivasi) tapi yg tak bestnya (demotivasi) suami kata nampak sama aje takde beza pun…. coz ada le pat yg lebih-lebih tu tak rata lagi agaknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: