Kekal Motivasi
1. Dapatkan workout partner – Dengan adanya seorang teman berlatih, kita boleh sentiasa mencabar antara satu sama lain. Ada orang untuk bantu dan paksa kita melebihi limit biasa kita bersenam seorang. Dapatkanlah seorang teman yang mempunyai sasaran yang sama. Janganlah seorang mensasarkan untuk kurus, seorang lagi nak besarkan badan. Kan dah lain latihannya itu.
2. Muzik – Tak dapat dinafikan bahawa muzik memainkan peranan penting dalam mood kita. Muzik apa tak penting, seeloknya carilah muzik yang boleh beri kita semangat. Ada orang minat muzik rock, ada yang minat dangdut. Terpulang pada pemilihan individu.
3. Yuran Gym – Bayarlah yuran gym. Bila kita bayar yuran gym, kita akan fikir, ‘aku dah bayar ni, tak pergi rugi’.
4. Beli sesuatu – Dapatkan sesuatu yang baru seperti baju bersenam yang baru atau sarung tangan yang baru atau mungkin yang baru. Sedikit sebanyak benda yang baru ini akan memotivasikan kita untuk terus bersenam.
5. Gambar – Cari lah gambar-gambar mereka yang telah berjaya atau mungkin kita idamkan untuk memiliki badan seperti itu. Banyakkan membaca majalah-majalah kesihatan, bina badan untuk mendapatkan inspirasi.
6. Tetapkan matlamat – Apa sasaran kita? Untuk minggu ini? Untuk bulan ini? Berapa peratus lemak harus dihilangkan. Berapa sasaran ukuran biceps. Berapa bebanan untuk squat dan sebagainya. Tetapkan sasaran yang munasabah. Jangan tetapkan sesuatu yang mustahil dicapai dalam 1 jangka masa yang mana akan menyebabkan kita kecewa sebagai contoh, minggu ini kita angkat 5kg, tapi letak sasaran minggu depan angkat 50kg. Peningkatan yang mendadak yang mustahil dicampai oleh badan.
i’d love to share this posting with the readers on my site. thanks for sharing!
bos, kalau nak naik bicep. mana ok ambik whey mass ke whey protein ? utk sport macam main tenis.
sekarang bicep flat je. kalau nak workout pulak mcm mana utk up bicep ni?
Ada schedule bole saya folow?
Berat saya 73kg, tinggi 172cm. umur 29thn. TQ
amik dua2 pun boleh. kalau ada budject, mass. kalau kurang budject, whey.