Mr Olimpia Chris Bumstead Dan Penyakit Autoimun

Atlet bina badan Kanada Chris Bumstead ialah juara bertahan Mr Olympia Classic Physique, setelah memenangi pertandingan itu lima kali pada 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023. Bina badan adalah sukan yang sangat rumit dan sukan ini secara khursus memerlukan latihan yang sengit, berat dan konsisten. Prestasi atlet-atlet bina badan ditentukan melaui kesihatan mereka dan jika kesihatan seseorang atlet terjejas, prestasi mereka juga akan terjejas.
Pada tahun 2018 ketika Christ Bumstead sedang bersiap untuk Mr. Olympia 2018, beliau mengalami gejala dimana kakinya akan membengkak semasa sessi latihan. Apabila kejadian ini menjadi membimbangkan, dia memeriksa buah pinggangnya dan mendapati dia menghidap penyakit autoimun yang dikenali sebagai IGA Nephropathy.

Kursus Kecergasan 2024

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Berger, adalah penyakit buah pinggang. Ia berlaku apabila protein melawan kuman yang dipanggil immunoglobulin A (IgA) terkumpul di dalam buah pinggang. Ini menyebabkan sejenis bengkak yang dipanggil keradangan yang, lama kelamaan, boleh menyukarkan buah pinggang untuk menapis sisa daripada darah.(1)

Kisahnya sememangnya memberi inspirasi kerana selepas menghadapi masalah kesihatan yang sedemikian, dia terus memenangi Mr. Olympia Classic Physique pada tahun hadapan pada 2019 dan meneruskan larian kemenangannya sebanyak empat kali berturut-turut.
Tahukah anda bahawa pada tahun 2018 selepas Bumstead didiagnosa mengalami gangguan buah pinggang autoimun, itu hanya permulaan jalan yang panjang dan menyakitkan bagi beliau. Selepas diagnosa, dia terpaksa menjalani dialisis. Pembina badan bertaraf dunia, yang telah berlatih untuk Mr. Olympia 2018, sangat terkejut dengan berita itu.
Dialisis ialah sejenis rawatan yang membantu badan anda mengeluarkan cecair tambahan dan bahan buangan daripada darah anda apabila buah pinggang tidak mampu. Dialisis pertama kali digunakan dengan jayanya pada tahun 1940-an dan menjadi rawatan standard untuk kegagalan buah pinggang bermula pada tahun 1970-an. Sejak itu, berjuta-juta pesakit telah dibantu oleh rawatan ini. (2)
Menurut Chris Bumstead, proses pemulihan dan rawatannya menyakitkan secara fizikal dan meletihkan mental. Namun beliau tetap melakukan latihan dan menjaga pola pemakanan untuk menjadi juara Mr. Olimpia. Pada pembaca sekalian, saya berharap bahawa artikel ini mampu meningkatkan semangat anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
1. Donadio JV, Grande JP. IgA nephropathy. New England Journal of Medicine. 2002;347(10):738-48.
2. Ishimura E, Okuno S, Kitatani K. D. Dialysis. Clin Nephrol. 2007;68(4):222-27.
3. Pastan S, Bailey J. Dialysis therapy. New England Journal of Medicine. 1998;338(20):1428-37.
(3)
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: