Nasi Putih atau Perang?

Apa sebenarnya perbezaan antara nasi putih dan nasi perang? Kenapa ramai cadangkan makan nasi perang. Dari segi kandungan sebenarnya lebih kurang sama. Cuma nasi perang tinggi sedikit kandungan seratnya. Ia menjadikannya rendah glisemik index jika dibandingkan dengan nasi putih. Bermaksud ia lambat dihadam. Rasa lapar kurang sedikit. Jika anda ambil nasi perang dalam jumlah yang sama anda ambil nasi putih, hasilnya pun mungkin hampir sama. Makan nasi perang berlebihan, kalori tak perlu pun boleh menyebabkan kegemukan.
Nasi putih pada asalnya nasi perang juga. Cuma pembalutnya yang tinggi serat dah tiada. Bukan sahaja beras tersebut hilang serat tetapi juga vitamin, mineral, phytic acid dan phytoestrogen. Kita dicadangkan makan sekurang-kurang 28 gram serat setiap hari di mana ianya membantu melancarkan sistem percernaan dan mengurangkan risiko barah kolon.
ZK: Terdapat sekitar 15,000 jenis beras dalam pasaran.
Baca Juga:
Glisemik Index
Brown Rice / 100g
Calories 111
Total Fat 0.9 g
Saturated fat 0.2 g
Polyunsaturated fat 0.3 g
Monounsaturated fat 0.3 g
Cholesterol 0 mg
Sodium 5 mg
Potassium 43 mg
Total Carbohydrate 23 g
Dietary fiber 1.8 g
Sugar 0.4 g
Protein 2.6 g
White Rice / 100g
Calories 130
Total Fat 0.3 g
Saturated fat 0.1 g
Polyunsaturated fat 0.1 g
Monounsaturated fat 0.1 g
Cholesterol 0 mg
Sodium 1 mg
Potassium 35 mg
Total Carbohydrate 28 g
Dietary fiber 0.4 g
Sugar 0 g
Protein 2.7 g
salam dato.mcmane kite nk lambatkn pengecutan otot2 selepas wo??ada tips??xkisah samada teknik,supplement dll..tq
yang kembang tu bukan otot. tapi muscle edema. tak perlu risau kecut balik.