Otot Letih Nov17

Kongsi

Otot Letih

Kenapa otot rasa letih? Letih adalah langkah keselamatan badan supaya kita tak menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Daripada sudut fisiologikal, otot letih adalah ketidakupayaan badan untuk pertahankan kekuatan. Ada kalanya disebabkan perubahan pada otot dan menyebabkan apa yang dipanggil peripheral fatigue. Ia disebabkan senaman itu sendiri. Ada kalanya melibatkan otot, atau pengurangan hormon yang seterusnya menyebabkan prestasi kita merosot.

Keletihan mungkin disebabkan;

* Pengurangan phosphocreatine
* Peningkatan hydrogen dan perubahan pH
* Penyusutan simpanan glikogen dalam otot dan gula dalam darah

Tidur atau rehat tak cukup menyebabkan protein sintesis kita merosot, jadi keupayaan badan untuk memulihkan tisu rosak menurun. Bila pemulihan tak berlaku, perkembangan otot akan terbantu dan senaman yang dibuat akan menambah tekanan.

Kita boleh pecahkan keletihan ini kepada 2 kategori iaitu keletihan akut dan keletihan terlebih latihan (overtraining). Keletihan akut disebabkan senaman boleh jadi disebabkan oleh;

* pengumpulan lactate
* perencatan pelepasan Ca2+, ion kalsium pada retikulum sarkoplasma
* simpanan glikogen menurun
* perencatan pada pemacu saraf motor
* cytokine dirembeskan semasa senaman

Kursus Kecergasan 2021

Manakala keletihan terlebih latihan ini masalah fisiologi yang lebih serius. Ia akan merencatkan mood, sistem imunisasi, profil biokimia, tidur dan sebagaina. Pemulihan daripada ini akan ambil masa yang lama, mungkin mencecah 6 bulan hingga setahun. Terlebih latihan menyebabkan badan sukar untuk hasilkan ATP.

Saya pernah cerita tentang ATP dalam entri;
https://zakikhan.net/sistem-tenaga-1/
https://zakikhan.net/sistem-tenaga-2/
https://zakikhan.net/sistem-tenaga-3/

Bagaimana nak lawan keletihan ini? Nantikan entri seterusnya.

Kajian
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2375565/
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19402743/
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31493480/
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23667795/
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19402743/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube