Bakar Lemak Tempat Tertentu Nov15

Kongsi

Bakar Lemak Tempat Tertentu

Bersambung dari entri sebelum ini
https://strengthsifoo.com/bolehkah-kita-sasar-tempat-bakar-lemak/

Kita sambung lagi topik Spot Reduction ini. Kali ini kita tengok dari sudut kajian yang menunjukkan ianya boleh berlaku. Kajian yang ada tidak sebanyak yang kata tidak boleh.

Kordi et al (2015) buat kajian dengan 2 kumpulan perempuan berlebihan berat badan. Kumpulan pertama hanya jaga diet dan kumpulan kedua jaga diet dan buat senaman perut. Kedua-dua kumpulan turun lemak yang sama di bahagian perut melalui ujian analisa bio-electrical impedance. Sebagaimana dibincang sebelum ini, perempuan gemuk lebih cenderung turun lemak di perut dahulu tak kira apa mereka buat. Kedua-dua kumpulan tak tambah otot dan ada sekitar 25 peratus tarik diri daripada kajian menunjukkan perempuan tak serius dalam program menurunkan berat.

Senaman yang diberi tiada unsur ansur maju. Mereka menggunakan senaman berat badan sahaja. Tak banyak data dikaji dalam kajian. Ada ukuran pinggul untuk tengok perbezaan, tapi boleh kata tiada perbezaan untuk kedua-dua kumpulan. Nampak seolah-olah membuktikan kita tidak boleh sasar lemak untuk dibakar. Akan tetapi cuba lihat gambar rajah di bawah. Kumpulan dengan senaman sebenarnya hilang lebih banyak lemak daripada 3 tempat pengukuran. Lebih banyak penurunan di pinggang berbanding dengan pinggul untuk kumpulan dengan senaman perut.

Kajian ini menunjukkan corak pembakaran lemak yang disasarkan atau spot reduction. Secara teorinya menurunkan kajian ini, anda akan banyak lebih banyak lemak pada otot yang aktif. Ia mungkin disebabkan peningkatan suhu dan aliran darah di bahagian otot aktif. Ia akan meningkatkan hormon yang bantu pembakaran lemak seperti epinephrine dan norepinephrine. Myokines dirembeskan oleh otot aktif seperti IL-6 mungkin juga meningkatkan kadar pengoksidaan lemak di sekitar tisu lemak.

Kajian lama oleh Mohr 1965 juga mencadangkan benda sama. Sekumpulan peserta wanita diberi senaman perut yang pelbagai. Mereka dikekalkan berat badan. Kajian ini menunjukkan sekumpulan perempuan ini berjaya mengecilkan perut. Cuma kajian ini tidak meyakinkan disebabkan secara amnya, tempat pertama lemak akan dibakar adalah perut.

Kursus Kecergasan 2021

Pada tahun 1968, Olson dan Edelstein buat kajian dengan sekumpulan peserta buang latihan sebelah tangan sahaja untuk 1 jangka masa. Bacaan kaliper lemak menunjukkan penurunan lemak pada bahagian yang dilatih dan tidak pada bahagian tidak dilatih. Ia masih boleh di debatkan, mungkin disebabkan pembinaan otot yang menekan saiz lemak, beri hasil bacaan yang salah.

Ada kajian-kajian baru, mencadangkan spot reduction mungkin berlaku. Kajian menunjukkan latihan pada bahagian bawah badan sahaja, menyebabkan lemak di bahagian bawah badan berkurang, begitu juga latihan pada bahagian atas sahaja juga menunjukkan pengurangan lemak yang lebih di bahagian atas. Ia diukur dengan dexa scan dan kaliper.

Ada juga kajian tunjuk kita boleh sasar pembakaran lemak dengan penggunaan bahan tertentu yang dicucuk atau disapu. Contoh seperti krim bakar lemak dan sebagainya. Ada teorinya tentang ini. Ia mungkin disebabkan peningkatan suhu di tisu lemak. Panjang kalau nak ulas tentang ini sahaja. Nanti saya cuba buat 1 lagi entri tentang ini.

Kajian
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25766455/
https://journals.physiology.org/doi/full/10.1152/ajpendo.00215.2006
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10671188.1965.10614676
https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/10671188.1968.10616592?needAccess=true
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8697059/
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17391155/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube