Panduan Mengukur Perubahan Komposisi Badan

Tidak semua yang berlaku dalam badan hasilnya kita dapat hasilnya di atas penimbang, terutama jika penimbang hanya menunjukkan berat tanpa ada nilai komposisi otot dan lemak. Selepas setahun, berat badan mungkin hanya turun 0.5 kg, motivasi mungkin menurun dan akhirnya berputus asa sedangkan ukur lilit sudah banyak berbeza. Jika anda telah berada di landasan yang betul iaitu anda dalam program mengubah komposisi badan, anda tidak harus berputus asa.
Kenapa mengukur komposisi badan lebih dipercayai?
Bagaimana nak ukur perubahan komposisi badan
- Timbang menggunakan penimbang yang ada komposisi badan seperti penimbang in body atau tanita. Pantau berat otot dan peratus lemak badan.
- Ambil gambar setiap bulan.
- Ambil ukuran badan.
- Perhatikan saiz baju.
- Tengok cermin perubahan badan.
Panduan Mengukur
- Guna pita ukur plastik yang fleksibel iaitu yang biasa digunakan oleh tukang jahit. Jangan guna metal yang digunakan untuk ukur bangunan.
- Sebaiknya gunakan pita ukur UK tapi sekiranya ada pita ukur China, boleh sahaja tapi pastikan guna pita yang sama setiap kali. Jangan sekejap pita ukur UK, sekejap pita ukur China.
- Ambil ukuran 2-3 kali dan ambil bacaan purata.
- Semasa mengukur pakai pakaian yang nipis dan paling ketat. Jangan semasa pakai jeans atau pakaian baggy contohnya, (termasuk bra, jangan pakai yang span tebal). Sebolehnya pakai pakaian yang sama bila hendak ambil ukuran pula.
- Guna unit yang sama sekiranya dalam cm teruskan dalam cm, sekiranya dalam inci, gunakan inci sahaja.
- Ambil ukuran dalam keadaan berdiri tegak dan mendada bukan membongkok.
- Ukur dalam horizontal, tidak senget.
- Ukur tempat yang sama, bukan sekejap di atas, sekejap di bawah.
- Tulis untuk rekod, jika tidak tulis nanti lupa.
- Buat ukuran setiap bulan, bagus jika ambil gamabr juga. Timbang boleh buat seminggu sekali
Cara mengukur
1- ARM : Luruskan tangan, dalam keadaan rileks cari titik tengah tengah antara bahu dan siku iaitu area bisep.
2-BUST : Bahagian tengah payudara, yang paling tinggi.
3- CHEST : Berdiri dalam keadaan mendada, betul-betul bawah payudara.
4- WAIST : Ukuran pinggang. Bahagian paling ramping atau titik kita boleh bengkok ke kiri atau kanan.
5- HIP : Ukuran punggung yang paling lebar, biasanya 7-9 inci dari bahagian pinggang (bahagian yang kita gunakan untuk duduk)
6- THIGH : Bahagian peha paling besar, bahagian ni paling sukar untu dapat bacaan tempat sama jadi untuk memudahkan tanda, boleh ambil bacaan 5-6 inci dari garis punggung.
7- CALF : Bahagian ¾ betis atau 5-6 inci dari garis lutut.
RUJUKAN