Pembedahan Gluteoplasty Bahaya Atau Selamat?

Punggung ialah ciri jantina kedua bagi tubuh manusia, dan lengkung punggung yang anggun menjadi idaman orang ramai. Walaupun keselamatan pembesaran gluteal dengan cantuman lemak autologus masih menjadi kontroversi, kadasr operasi kecantikan punggung atau gluteoplasty meningkat dari tahun ke tahun. Artikel kali ini membahas mengenai bahaya dan risiko pembedahan kosmetik ini.

 

Sebelum kita membahas mengenai topik kita kali ini, para pembaca harus memahami mengenai anatomi punggung manusia. Punggung manusia terdiri daripada dua otot, otot gluteus maximus dan otot gluteus medius yang diliputi oleh lapisan lemak adiposa. Kawasan atas punggung berakhir pada puncak iliac (kawasan tepi atas iliac crest, dan margin sisi atas greater pelvis), dan aspek bawah punggung berakhir pada horizontal gluteal crease di mana secara anatomi punggung bergabung pada bahagian atas belakang paha.(1)

 

Pembedahan Gluteoplasty atau pembesaran punggung merujuk kepada beberapa prosedur kosmetik yang memperbaiki penampilan punggung anda. Prosedur ini boleh menambah kelantangan dan mengangkat kendur berlebihan menjadikan kulit lebih licin. Pembesaran punggung mempunyai beberapa risiko, dan pemulihan boleh mengambil waktu beberapa bulan.(2)

Fungsi anatomi otot punggung adalah untuk mengawal gaya berjalan yang stabil (gait). Pembedahan gluteoplasty mmberi faedah kepada individu yang memerlukan pembetulan dalam bentuk rawatan pembedahan kecacatan pada kawasan gluteal. (3)

Pembedahan gluteoplasty dilakukan dengan teknik pemindahan lemak, implan atau teknik mengangkat untuk membantu membentuk otot punggung. Bukan itu sahaja, malahan pembedahan kosmetik ini terdiri daripada tiga jenis iaiu Butt implant, Brazilian butt lift (BBL) dan Butt Lift. (3)

JENIS – JENIS PEMBEDAHAN GLUTEOPLASTY
Butt implant Pakar bedah plastik akan memasukkan implan silikon ke dalam punggung untuk menghasilkan bentuk yang lebih penuh.

 

Brazilian butt lift (BBL) Pakar bedah plastik akan membuang lemak dari satu bahagian badan melalui rawatan liposuction dan akan menyuntiknya ke dalam punggung.

 

Butt Lift Pakar bedah plastik akan membuang kulit yang berlebihan untuk mengangkat punggung untuk penampilan yang padat.

 

Semua rawatan pembedahan yang dibahas diatas mempunyai risiko yang negatif terhadap tubuh manusia. Risiko pembedahan gluteoplasty yang sering dilaporkan adalah pengumpulan cecair di bawah kulit, penyembuhan luka yang lambat, parut pada kawasan pembedahan atau perubahan dalam sensasi kulit. (3)

Kursus Kecergasan 2024

 

Pengumpulan cecair di bawah kulit (seroma). Tiub saliran yang ditinggalkan di tempat selepas pembedahan boleh membantu mengurangkan risiko seroma. Cecair juga boleh dikeluarkan selepas pembedahan menggunakan jarum dan picagari.(4)

 

Penyembuhan luka yang lambat. Kadang-kadang kawasan di sepanjang garis hirisan tidak sembuh atau mula memiisah. Pesakit mungkin diberi antibiotik jika terdapat masalah penyembuhan luka. Parut hirisan daripada pembedahan adalah kekal. Tetapi ia biasanya diletakkan di kawasan yang tidak mudah dilihat.(4)

 

Perubahan dalam sensasi kulit. Semasa mengangkat punggung, kedudukan semula tisu anda boleh menjejaskan saraf deria cetek. Anda mungkin akan berasa sedikit sensasi atau kebas. Kebas biasanya berkurangan dalam beberapa bulan selepas prosedur.(4)

 

Daripada tiga kaedah umum prosedur yang dibahas diatas kajian oleh Asserson et al pada tahun 2019 melaporkan yang sebanyak 46 kajian mendedahkan yang pembedahan melaui fat graft (BBL) mempunyai kadar komplikasi paling sedikit (7%) manakala pembedahan implan (Butt implant) dikaitkan dengan kadar komplikasi tertinggi ( 31%).(5)

 

Semua prosedur perubatan mempunyai risiko dan pembedahan pembesaran punggung juga datang dengan risiko yang boleh mengancam nyawa. 413 pakar bedah plastik di Mexico melaporkan 64 kematian berkaitan dengan rawatan liposution dan 13 kematian disebabkan oleh suntikan lipoitik gluteal. (6)

 

Manakala di Colombia, sebanyak 9 kematian telah didokumenkan. Daripada 13 kematian di Mexico, 8 kematian berlaku semasa lipoinjection, manakala 5 berlaku dalam tempoh 24 jam pertama. Di Colombia, 6 kematian berlaku semasa pembedahan dan 3 sejurus selepas pembedahan.(6)

 

Para pembaca kalian, tubuh badan anda adalah tangungjawab anda sendiri. Artikel kali ini membahas mengenai bahaya dan risiko pembedahan kosmetik gluteoplasty dan jika ada diantara pembaca yang ingin melakukan pembedahan kosmetik saya mengalakkan anda untuk melakukan pembacaan yang lebih lanjut dan juga dapatkan konsultasi dari dokter pakar pembedahan plastik anda.

 

1. Nteli Chatzioglou G, Govsa F, Bicer A, Ozer MA, Pinar Y. Physical attractiveness: analysis of buttocks patterns for planning body contouring treatment. Surgical and Radiologic Anatomy. 2019;41:133-40.
2. Wang J-n, Wang D-c, Ding L, Zhang J-g, Gao L, Zhang L-b, et al. Artificial muscles of suspension system with anchor for lower extremity prosthesis enlargement. Chinese Journal of Tissue Engineering Research. 2011;15(22):4011.
3. Oranges CM, Tremp M, di Summa PG, Haug M, Kalbermatten DF, Harder Y, et al. Gluteal augmentation techniques: a comprehensive literature review. Aesthetic surgery journal. 2017;37(5):560-9.
4. Branford O. Buttock lift. Journal of Aesthetic Nursing. 2018;7(8):436-8.
5. Asserson DB, Kulinich AG, Orbay H, Sahar DE. Differences in complication rates of gluteoplasty procedures that utilize autologous fat grafting, implants, or local flaps. Annals of plastic surgery. 2019;82(5S):S342-S4.
6. Cárdenas-Camarena L, Bayter JE, Aguirre-Serrano H, Cuenca-Pardo J. Deaths caused by gluteal lipoinjection: what are we doing wrong? Plastic and reconstructive surgery. 2015;136(1):58-66.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: