Ritma Sirkadian, Gaya Hidup dan Kesihatan

Tahukah anda, ritma sirkadian dan fisiologi senaman berkait rapat. Senaman memberikan banyak manfaat kesihatan namun fungsi sirkadian yang optimal adalah penting dalam mengekalkan Kesihatan tubuh kita. Kesan positif senaman terhadap kesihatan mungkin sebahagiannya dimediasi oleh perubahan akibat senaman dalam jam molekul tisu atau kesan positif senaman boleh diubah suai bergantung pada masa senaman dilakukan. Jom baca artikel kali ini yang membahas kepentingan ritma sirkadian untuk gaya hidup yang sihat.

 

Operasi jam sirkadian ialah pengawal selia dalaman dalam sel organisma, menyelaraskan aktiviti fisiologi dan tingkah laku dengan variasi persekitaran harian dalam kitaran 24 jam. Pada tubuh manusia, disfungsi atau jajaran jam sirkadian yang salah dengan isyarat persekitaran mengubah masa kitaran tidur-bangun, membawa kepada pelbagai gangguan tidur dan ritma sirkadian kita terganggu. (1)

 

Manusia dan haiwan mamalia mempunyai jam sirkadian yang mengatur proses fisiologi, termasuk corak tidur/bangun, rembesan hormon dan metabolisme, serta mengawal prestasi sukan. Sistem sirkadian bertindak balas terhadap perubahan persekitaran seperti kitaran terang/gelap, pengambilan makanan dan senaman.(2)

 

Zaman teknologi moden menjadikan aktiviti sosial dan kerja menjadi 24 jam dan bebas daripada tempoh terang/gelap persekitaran. Oleh itu, penerbangan panjang merentasi benua (jet-lag), kerja syif dan kerja malam sebagai jenis tabiat kehidupan moden boleh mempengaruhi fungsi irama sirkadian anda.

Kursus Kecergasan 2025

 

Terdapat beberapa faktor dalam gaya hidup moden yang mempunyai kaitan langsung dengan kesihatan. Faktor yang paling penting ialah pola pemakanan atau gizi. Pengambilan makanan segera atau makanan ringan, menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kardiovaskular. (3)

 

Metabolisme kardiomiosit berada di bawah kawalan sirkadian ( ritma sirkadian) dan diurnal serta diperhatikan dalam tekanan darah dan kadar denyutan jantung.(4) Kajian oleh Wright Jr at al tentang hubungan antara gangguan sirkadian dan faktor risiko kardiovaskular melaporkan yang kerja syif dikaitkan dengan gangguan sirkadian dan ganguan tidur. (5)

 

Senaman memberikan banyak manfaat kesihatan, dan mekanisme melalui senaman meningkatkan Kesihatan. Kajian oleh Christopher et al mencadangkan dua pertimbangan Baharu. Cadangan pertama adalah mengaplikasikan prinsip sirkadian atau masa dalam sehari untuk menjalankan intervensi menjanjikan peningkatan hasil senaman untuk subjek yang sihat, populasi pesakit serta atlet elit. (6, 7)

Cadangan kedua adalah mengawal impak jam molekul melalui gen terkawal jam mungkin salah satu mekanisme di mana senaman meningkatkan kesihatan sela tau tisu. Ini masih merupakan bidang baharu dan banyak yang perlu dipelajari tentang fungsi jam molekul asas merentas semua jenis sel serta cara jam dalam tisu periferi ini merasakan dan bertindak balas terhadap senaman.(7)

 

1. Patke A, Murphy PJ, Onat OE, Krieger AC, Özçelik T, Campbell SS, et al. Mutation of the human circadian clock gene CRY1 in familial delayed sleep phase disorder. Cell. 2017;169(2):203-15. e13.
2. Shibata S, Tahara Y. Circadian rhythm and exercise. The Journal of Physical Fitness and Sports Medicine. 2014;3(1):65-72.
3. Spiegel D, Sephton S. Re: Night shift work, light at night, and risk of breast cancer. Journal of the National Cancer Institute. 2002;94(7):530-.
4. Chatham JC, Young ME. Regulation of myocardial metabolism by the cardiomyocyte circadian clock. Journal of molecular and cellular cardiology. 2013;55:139-46.
5. Wright Jr KP, Bogan RK, Wyatt JK. Shift work and the assessment and management of shift work disorder (SWD). Sleep medicine reviews. 2013;17(1):41-54.
6. Imboden MT, Harber MP, Whaley MH, Finch WH, Bishop DL, Kaminsky LA. Cardiorespiratory fitness and mortality in healthy men and women. Journal of the American College of Cardiology. 2018;72(19):2283-92.
7. Wolff CA, Esser KA. Exercise timing and circadian rhythms. Current opinion in physiology. 2019;10:64-9.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: