Perancang Keluarga: Kenapa Naik Berat Badan?

Artikel sebelum ini telah menyentuh kesan ubat-ubatan terhadap kenaikan berat badan. Kini, menjadi persoalan bagaimana pula dengan perancang keluarga termasuk jenis suntikan, pil dan alat bolehkan menaikkan berat serta badan. Menurut banyak kajian klinikal, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin peranacng jenis hormon menyebabkan penambahan berat badan yang besar. Bagi kebanyakan wanita, pil perancang kehamilan tidak menjejaskan berat badan mereka. Ramai wanita perlahan-lahan mengalami berat badan sama ada mereka menggunakan perancang hormon atau tidak.
Jenis perancang keluarga
Perancang keluarga terdapat pelbagai kategori kaedah, termasuk hormon. Ini sangat berkesan kebanyakannya terdiri daripada hormon steroid, yang bertindak ke atas sistem endokrin. Terdapat 2 jenis perancang hormon:
- Kaedah gabungan- mengandungi kedua-dua estrogen dan progestin
- Kaedah progestogen sahaja, mengandungi hanya progesteron atau progestin.
Bentuk kontraseptif hormon yang paling popular ialah pil kontraseptif oral gabungan
Bagaimana hormon ini bertindak?
Kedua-dua hormon menghalang ovari wanita daripada mengeluarkan telur semasa kitaran haidnya (dipanggil ovulasi). Ia terjadi dengan mengubah tahap hormon semula jadi yang dihasilkan oleh badan. Progestin juga menjadikan lendir di sekeliling serviks wanita pekat dan melekit. Ini membantu menghalang sperma daripada memasuki rahim. Perancang jenis hormon berfungsi ini dengan menggunakan bahan yang menyerupai estrogen dan progesteron untuk mencegah ovulasi. Ini bermakna bahawa ia boleh menghasilkan kekurangan progesteron yang boleh menyebabkan dominasi estrogen.
Kajian perancangan kehamilan punca kenaikkan berat badan
Pelbagai Jenis Perancang Keluarga
Dalam kajian yang mengkaji pengaruh kaedah kontraseptif yang berbeza terhadap perubahan berat badan dan membincangkan keputusan dan masalah metodologi. Semasa penggunaan kontraseptif hormon, berat turun naik kira-kira 3 kg dalam selang pemerhatian dari 6 hingga 24 bulan. Hanya dalam subkumpulan pengguna Depo Provera peningkatan berat badan lebih tinggi iaitu ada kumpulan wanita yang naik 3 kg/tahun berbanding dengan kontraseptif hormon yang lain.
Jenis Progrestron
Manakala 22 kajian menunjukkan bukti terhad tentang perubahan berat badan atau komposisi badan dengan penggunaan POC. Purata kenaikan berat badan pada 6 atau 12 bulan adalah kurang daripada 2 kg (4.4 lb) untuk kebanyakan kajian. Mereka yang mempunyai data berbilang tahun menunjukkan perubahan berat purata adalah kira-kira dua kali lebih banyak pada dua hingga empat tahun daripada pada satu tahun, tetapi secara amnya kumpulan kajian tidak berbeza dengan ketara. Kaunseling yang sesuai tentang pertambahan berat badan biasa boleh membantu mengurangkan pemberhentian kontraseptif disebabkan oleh persepsi pertambahan berat badan.
Punca kenaikkan berat badan

Cara kawal berat badan
1- Kekalkan BMI normal
Mempunyai lemak badan yang tinggi lebih cenderung untuk menyimpan lemak, anda perlu turunkan peratus lemak badan anda.
2- Bersenam dengan kerap
Tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda sering merasa letih dan tidak mampu untuk bersenam, cara untuk meningkatkan stamina dan kekal bertenaga adalah dengan bergerak aktif dan bersenam.
3- Naikkan jisim otot
Cara terbaik untuk meningkatkan metabolisme tubuh adalah mempunyai komposisi otot yang tinggi kerana otot membakar lebih kalori .
4- Jaga makan
Jangan makan berlebihan, kurangkan karbo, lebihkan serat dan protein.
5- Kawal stress
Stress juga boleh jadi punca ramai tidak dapat mengawal makan dengan baik.
KESIMPULAN
Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam kenyataan media bersetuju pil pencegah kehamilan boleh menjadi antara penyebab kenaikan berat badan namun perkara paling utama adalah corak pemakanan dan gaya hidup itu yang memainkan peranan lebih utama.
“Hakikatnya, gaya hidup yang kurang sihat dan pengambilan makanan tidak seimbang antara penyebab utama berlakunya kenaikan berat badan apatah lagi sekiranya wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa setiap orang reaksi yang berbeza terhadap perubahan hormon dan ubat-ubatan. Jika anda merasa berat badan anda berubah secara mendadak selepas memulakan perancang keluarga, adalah bijak untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda untuk mengetahui punca sebenar dan jika ada pilihan alternatif yang lebih sesuai untuk anda.
RUJUKAN
- Contraception: Do hormonal contraceptives cause weight gain? Book: NBK441582
-
Combination contraceptives: effects on weight, PMID: 21901687
- Progestin?only contraceptives: effects on weight, PMID: 27567593.
-
[Weight gain due to hormonal contraception: myth or truth?], PMID: 19346753
-
Sex hormones, appetite and eating behaviour in women, PMID: 22281161
- Sex Hormone Effects on Body Fluid Regulation, PMID: 18580296
- Metabolic Impact Of Sex Hormones On Obesity, PMID: 20441773.
- Do the emotional side-effects of hormonal contraceptives come from pharmacologic or psychological mechanisms? PMID: 15236788