Perubahan Drastik Fizikal Dave Bautista

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penampilan bekas WWE superstar Dave Bautista yang dilihat lebih kurus dan kecil berbanding dengan penampilannya sebelum ini. Mari kita bongkarkan apakah rahsia disebalik transformasi beliau.
Punca Transformasi Dave Bautista.
Antara salah satu aktiviti yang dilakukan oleh beliau ialah dengan melakukan seni mempertahankan diri Jiu-jitsu. Hanya dengan berlatih Jiu-jitsu dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 23kg. Dia mengakui bahawa dia juga kehilangan otot semasa proses menurunkan berat badan. Dia juga mengatakan yang dia tidak kisah untuk mengorbankan banyak otot dalam usaha mengecilkan fizikalnya kerana dia merasakan lebih selesa dengan perubahan fiziknya yang terkini.
Dave Bautista mahu fokus untuk meningkatkan kualiti lakonan.
Dave Bautista membuat keputusan untuk menurunkan berat badannya kepada berat badan yang lebih sihat. Dia juga akui bahawa mahu lebih fokus dalam bidang lakonan dan bukan hanya menunggu untuk berlakon dalam filem aksi sahaja. Beliau juga mahu menonjolkan kemahiran lakonannya pada tahap tertinggi.
Dave Bautista masih lagi seorang manusia yang besar dan berotot.
Dalam temubual baru-baru ini bersama Chris Van Vliet, Dave mengatakan dia telah mula untuk mengecilkan badannya untuk beberapa sebab, antaranya adalah dia dapati dirinya menjadi gemuk dan beliau telah mencapai saiz yang sangat besar hanya untuk memenuhi kriteria yang diperlukan untuk berlakon pada watak yang diperlukan. Beliau juga tidak selesa dengan keadaan badannya yang terlalu berat. Watak yang perlu dilakonkan itu adalah pada filem ” Knock at The Cabin” buat pertama kali, beliau telah mencecah berat sebanyak 142kg semasa memainkan watak itu.
Beliau juga merasakan sangat tidak selesa setelah mencapai berat badan yang sangat berat, ianya kerana setelah mencapai berat yang sangat berat, beliau merasakan amat susah untuk menjalani proses penurunan berat badan. Seterusnya, beliau juga mulai sedar setelah mula mengecilkan saiz badannya, beliau merasa dirinya berada dalam keadaan yang lebih baik dan tampak lebih bagus dihadapan camera.
Dave juga mengatakan walaupun dengan berat badan yang sebegini, dia masih berketinggian 182cm dan berat 108kg. Beliau juga mengatakan ramai yang bersangka bahawa dia mempunyai “Anorexic” iaitu gangguan pemakanan yang menyebabkan berat badan seseorang kurang daripada yang dianggap sihat untuk umur dan ketinggian mereka. Tetapi hakikatnya dia hanyalah manusia yang besar.
Walau bagaimanapun, ramai yang komen bahawa perubahan fizikal Dave Bautista adalah bukan kerana usianya, tetapi peralihan dalam profesionnya. Ada juga yang komen bahawa ini adalah efek selepas berhenti daripada penggunaan steroid dan tiada siapa mengetahui kebenarannya. Apa yang kita boleh lihat hanyalah usaha dia dalam mengubah fiziknya dan menjadi pelakon yang lebih matang.
Akhir sekali, Dave Bautista sememangnya seorang individu yang hebat dan telah memberi banyak inspirasi terhadap dunia gusti dan bina badan. Dia telah berada dalam kondisi fisik yang sangat menakjubkan sejak sekian lama dan telah tiba masanya untuk mengubah penampilannya. Semua ini tiada masalah baginya kerana ini adalah pilihan dirinya sendiri.
Rujukan
- https://www.hindustantimes.com/lifestyle/health/how-did-dave-bautista-manage-to-lose-so-much-weight-know-the-secret-to-his-dramatic-transformation-101725946605537.html
- https://timesofindia.indiatimes.com/sports/wwe/top-stories/dave-bautistas-transformative-weight-loss-the-journey-of-a-wwe-legend-to-hollywood-star/articleshow/113262937.cms
- https://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-13848043/Dave-Bautista-breaks-silence-weight-loss-transformation.html
- https://talksport.com/football/2052421/dave-bautista-wwe-dramatic-body-transformation/
- https://www.the-sun.com/sport/12452761/wwe-news-hollywood-dave-bautista-batista-body-transformation/