Rawatan Pengurangan Lemak Berasaskan Suntikan

Tahukan anda para pembaca yang pengurangan lemak berasaskan suntikan semakin popular sebagai alternatif kepada prosedur invasif untuk mengurangkan lemak yang berlebihan. Dua rawatan utama dalam kategori ini ialah Lipotropic Injections dan Mesotherapy. Artikel kali ini akan membincangkan keberkesanan, kelebihan, dan kekurangan rawatan ini berdasarkan bukti saintifik.
Lipotropic injections mengandungi gabungan vitamin dan asid amino seperti B12, metionina, inositol, dan kolina. Komponen ini dirumus khas untuk meningkatkan metabolisme lemak dan menyokong fungsi hati dalam memproses lemak [1].
Bukan itu sahaja, malahan kajian menunjukkan bahawa suntikan lipotropik boleh membantu mengurangkan berat badan apabila digabungkan dengan diet seimbang dan senaman [2]. Walau bagaimanapun, kesan langsung terhadap pengurangan lemak masih terhad. Kaedah ini silaporkan meningkatkan tenaga melalui pengambilan vitamin B12, menyokong proses metabolik dan fungsi hati. Kaedah rawatan ini juga dilaporkan tidak memerlukan masa pemulihan.
Namun, kaedah ini mempunyai beberapa kekurangan dimana keberkesanan bergantung kepada gaya hidup pesakit. Kaedah ini juga menyebabkan efek sampingan seperti rasa sakit di tempat suntikan, alergi, atau ketidakseimbangan elektrolit.
Mesotherapy melibatkan suntikan bahan pelarut lemak seperti phosphatidylcholine dan deoxycholate terus ke kawasan lemak. Prosedur ini bertujuan untuk memecahkan sel lemak yang kemudiannya disingkirkan oleh sistem limfa [3].
Kajian melaporkan pengurangan lemak yang ketara di kawasan tertentu seperti dagu, perut, dan paha selepas beberapa sesi rawatan [4]. Kelebihan kaedah ini adalah ia merawat kawasan bermasalah. Prosedur ini juga dilaporkan cepat dan tidak memerlukan anestesia.

Keburukan mesotherapy dilaporkan mungkin menyebabkan pembengkakan, lebam, atau kemerahan sementara. Tambahan, kaedah ini wemerlukan beberapa sesi untuk hasil optimum serta risiko komplikasi seperti radang atau ketidakseimbangan lemak di kawasan dirawat.
Kedua-dua rawatan ini sesuai untuk individu yang ingin mengurangkan lemak di kawasan tertentu tanpa menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, hasil yang dicapai adalah lebih baik jika digabungkan dengan gaya hidup sihat.
Lipotropic injections lebih sesuai untuk menyokong pengurusan berat badan secara keseluruhan, manakala mesotherapy memberikan hasil yang lebih fokus untuk kawasan tertentu. Walau bagaimanapun, pesakit harus mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memilih rawatan yang sesuai.
Kesimpulannya, rawatan suntikan seperti lipotropic injections dan mesotherapy menawarkan penyelesaian yang tidak invasif untuk pengurangan lemak. Walaupun terdapat kelebihan, pesakit perlu mempertimbangkan keberkesanan dan risiko yang berkaitan. Pendekatan ini paling berkesan apabila disertai dengan perubahan gaya hidup.
Rujukan
1. Hashemi S, Hajihosseini A, Shafiee A. Lipotropic Injections: Mechanisms and Applications in Weight Management. Journal of Clinical Nutrition. 2020;12(3):245-251.
2. Greenway FL. Vitamin B12 and Lipotropic Injections for Weight Loss: A Review of Clinical Studies. Obesity Reviews. 2018;19(5):593-599.
3. Rose PT, Morgan M. An Assessment of Phosphatidylcholine Injections for Localized Fat Reduction. Aesthetic Surgery Journal. 2005;25(5):530-543.
4. Rotunda AM, Kolodney MS. Mesotherapy and Injection Lipolysis for Body Contouring. Dermatologic Therapy. 2005;18(4):393-402.
2. Greenway FL. Vitamin B12 and Lipotropic Injections for Weight Loss: A Review of Clinical Studies. Obesity Reviews. 2018;19(5):593-599.
3. Rose PT, Morgan M. An Assessment of Phosphatidylcholine Injections for Localized Fat Reduction. Aesthetic Surgery Journal. 2005;25(5):530-543.
4. Rotunda AM, Kolodney MS. Mesotherapy and Injection Lipolysis for Body Contouring. Dermatologic Therapy. 2005;18(4):393-402.