Terapi Pengurangan Lemak Tidak Invasif

Cryolipolysis atau lebih dikenali sebagai CoolSculpting menggunakan teknologi penyejukan terkawal untuk membekukan dan memusnahkan sel lemak tanpa merosakkan tisu sekitarnya [1]. Kajian menunjukkan pengurangan lemak sebanyak 20-25% di kawasan yang dirawat selepas beberapa bulan [2]. Walau bagaimanapun, hasilnya mungkin berbeza bergantung pada individu.
Kelebihan cryolipolysis adalah ia tidak memerlukan pembedahan atau anestesia serta masa pemulihan adalah minimum. Kekurangannya adalah ia memerlukan beberapa sesi untuk hasil yang optimum. Bukan itu sahaja, malahan efek sampingan termasuk kebas, bengkak, atau kemerahan sementara di kawasan rawatan [3].
Ultrasound Cavitation menggunakan gelombang ultrasonik untuk memecahkan sel lemak, yang kemudiannya disingkirkan melalui sistem limfa badan [4]. Kajian menunjukkan pengurangan lemak yang sederhana, terutamanya di kawasan perut dan paha, selepas beberapa sesi [5]. Kaedah ini dilaporkan tidak menyakitkan dan tidak invasive dan meningkatkan keanjalan kulit. Kelemahan kaedah ini hasilnya mengambil masa berminggu-minggu untuk kelihatan dan kaedah ini kurang sesuai untuk pengurangan lemak yang besar.
Terapi Radiofrequency atau RF menggunakan tenaga frekuensi radio untuk memanaskan lapisan kulit yang dalam, memecahkan sel lemak, dan merangsang penghasilan kolagen [6]. Kaedah ini digunakan secara meluas untuk menegangkan kulit dan pengurangan lemak ringan. Ia menunjukkan hasil yang baik pada individu dengan kulit kendur [7]. Kaedah ini dilaporkan mengetatkan kulit sambil mengurangkan lemak dan tidak mempunyai tempoh pemulihan. Namun, RF hanya berkesan untuk kawasan kecil dengan lemak sederhana. Dan mungkin menyebabkan kemerahan atau pembengkakan sementara.
Setiap terapi ini menawarkan manfaat unik dan sesuai untuk individu yang berada hampir dengan berat badan ideal tetapi mempunyai poket lemak yang degil. Namun, keberkesanan terapi ini bergantung kepada kondisi fizikal individu seperti tahap lemak badan dan keanjalan kulit.
Kesimpulannya, terapi pengurangan lemak tidak invasif seperti Cryolipolysis, Ultrasound Cavitation, dan RF Therapy adalah alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengatasi lemak degil. Walau bagaimanapun, pendekatan ini perlu digabungkan dengan gaya hidup sihat untuk mengekalkan hasil jangka panjang. Individu yang berminat harus mendapatkan nasihat daripada dokter pakar yang bertauliah untuk menentukan kaedah terbaik berdasarkan keperluan mereka.
1. Manstein D, Laubach H, Watanabe K, et al. Selective Cryolipolysis: A Novel Method of Non-Invasive Fat Removal. Lasers in Surgery and Medicine. 2008;40(9):595-604.
2. Coleman SR, Sachdeva K, Egbert BM, et al. Clinical Efficacy of Non-Invasive Cryolipolysis and its Effects on Subcutaneous Fat. Aesthetic Plastic Surgery. 2009;33(5):482-488.
3. Stevens WG, Bachelor EP. Cryolipolysis Conformable-Surface Applicator for Subcutaneous Fat Reduction: Review of the Literature. Aesthetic Surgery Journal. 2015;35(7):810-816.
4. Moreno-Moraga J, Valero-Altes T, Riquelme AM, et al. Body Contouring by Non-Invasive Transdermal Focused Ultrasound. Lasers in Surgery and Medicine. 2007;39(4):315-323.
5. Jewell ML, Baxter RA, Cox SE. Randomized Sham-Controlled Trial to Evaluate the Safety and Efficacy of a High-Intensity Focused Ultrasound Device for Noninvasive Body Sculpting. Plastic and Reconstructive Surgery. 2011;128(1):253-262.
6. Sadick NS, Mulholland RS. A Prospective Clinical Study to Evaluate the Efficacy and Safety of a Tri-Polar Radiofrequency Device for Treatment of Wrinkles and Skin Laxity. Journal of Cosmetic and Laser Therapy. 2004;6(2):81-85.
7. Elsaie ML. Cutaneous Remodeling and Photorejuvenation Using Radiofrequency Devices. Indian Dermatology Online Journal. 2019;10(4):410-417.