Sains di Sebalik Tumbukan 1 Inci oleh Bruce Lee

Tumbuk Satu Inci memerlukan kerjasama seluruh anggota badan supaya ia menjadi eksplosif

Adakah tumbukan dengan jarak 1 inci yang dipersembahkan oleh Bruce Lee dahulu itu masuk akal? Sebenarnya, ya. Namun, kita perlu pelajari sains di sebalik tumbukan tersebut secara rinci.

Kursus Kecergasan 2024

Menurut William Herkewitz dalam artikelnya, untuk menumbuk dengan padu dan eksplosif pada jarak 1 inci memerlukan tenaga dalaman yang tinggi. Ia lebih kepada strategi dan manipulasi fisiologi berbanding kekuatan otot.

Kita perlu bijak menggunakan seluruh badan kita untuk menghasilkan satu tumbukan ekplosif, asalkan kita faham tentang cara badan kita berfungsi. Jadi, manfaatkan kebolehan badan kita.

Mari kita pelajari biomekanik di sebalik tumbukan 1 inci oleh Bruce Lee.

Menurut seorang pengkaji biomekanik dari Universiti Stanford, Jessica Rose mengatakan tenaga yang diperoleh untuk melemparkan tumbukan 1 inci itu sebenarnya bermula dari kaki. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Meluruskan lutut dengan laju dan eksplosif. Ini adalah supaya tumbukan itu dilemparkan ke depan dengan momentum yang mencukupi.
  2. Memutarkan pinggang ke kiri bagi tumbukan tangan kanan, manakala putaran pinggang ke kanan bagi tumbukan tangan kiri. Ini bagi menyambung tenaga yang dikumpul daripada pelurusan lutut.
  3. Mengeraskan otot bahu dan pergelangan tangan.
  4. Menumbuk tepat pada sasaran dengan genggaman yang kuat.

Ini adalah langkah-langkah teknikal untuk menumbuk sejauh 1 inci.

Apa yang kita nampak?

Untuk melamparkan tumbukan tersebut, ia memerlukan bantuan seluruh anggota badan supaya tumbukan itu dapat dilemparkan dengan eksplosif.

Bukan tangan sahaja yang bergerak, namun kaki, pinggang, bahu, pergelangan tangan dan lain-lain turut sama.

Minda memainkan peranan yang penting

Menurut banyak kajian, menumbuk dengan laju atau eksplosif bukanlah semata-mata kerana otot yang besar. Otot yang besar bukan penyumbang utama, sebaliknya otak.

Ed Roberts, pada tahun 2012 di Imperial College London pernah mengkaji hal ini. Kata beliau, interaksi antara sel-sel otak yang menyegerakkan badan kita untuk menjayakan satu gerakan yang ekplosif termasuklah tumbukan dan sepakan.

Ia memerlukan latihan bertahun-tahun untuk membiasakan menumbuk dengan laju. Ia lebih kepada kerja otak, bukan tegapnya badan.

Kesimpulan daripada ini, kita perlu melatih otak kita untuk sentiasa ada penyegerakan dengan seluruh badan. Dengan itu, tumbukan yang eksplosif dapat dilemparkan.

  1. https://www.popularmechanics.com/science/health/a3093/the-science-of-bruce-lees-one-inch-punch-16814527/
  2. https://www.washingtonpost.com/news/morning-mix/wp/2014/05/27/the-intriguing-science-behind-bruce-lees-one-inch-punch/

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: