Kenapa Otot Bahu Tidak Besar-besar? Ini Sebabnya!

Kenapa otot bahu kita tidak besar-besar walaupun sudah banyak kali melakukan latihan beban? Kadang-kadang, kesilapan itu adalah pada silap melakukan, bukannya tidak melakukannya langsung. Mungkin kita sedang melakukannya, tetapi terdapat kesalahan yang perlu dibaiki.

Otot bahu depan adalah mudah ditumbuhkan kerana semua senaman berbentuk menolak atau pressing itu akan melibatkan otot berkenaan seperti tekan tubi, bench press, dan sebagainya.

Otot mana yang susah dilatih? Otot bahu tengah dan belakang. Itu perlu diberikan perhatian lebih berbanding biasa sekiranya kita hendak membentuk otot yang cantik secara menyeluruh.

Mari kita sama-sama muhasabah dengan beberapa kesilapan yang biasa berlaku.

Kursus Kecergasan 2021

 

  • Tidak fokus pada otot bahu

Rata-rata orang yang melakukan lateral raise akan silap bilamana latihan itu tidak memberi fokus sepenuhnya pada otot bahu. Jadi, otot apa yang tidak sengaja terlibat? Otot trapezius.

Kita melakukan lateral raise, kita janganlah mengangkat bahu kita. Biarkan hanya tangan yang bergerak. Memang difahami kadang-kadang kita secara tidak sengajanya akan mengangkat bahu sekali, ini adalah kerana beban yang diangkat itu terlalu berat.

Angkatlah beban yang ringan untuk membaiki pergerakan latihan. Pergerakan mestilah memenuhi julat yang penuh dan juga otot fokus sahaja bergerak. Statikkan seluruh badan kecuali tangan. Sekiranya tidak, ia akan memberi kesan secara tidak langsung pada otot lain.

Akhirnya, otot bahu tidak dimaksimumkan pertumbuhannya.

  • Program latihan beban tidak seimbang

Sudah pasti kita mempunyai otot kegemaran dan setiap kali ke gim, kita suka melakukan latihan beban untuk otot itu sahaja. Contohnya, kita suka melatih otot bisep. Jadi, setiap kali sesi di gim, kita akan lakukan sehabis baik untuk otot tersebut.

Walaupun kita ada otot kegemaran kita, itu bukan alasan untuk kita tidak bersungguh-sungguh melatih otot bahu. Lakukan yang terbaik!

  • Repetisi tinggi

Sekiranya beban berat dengan repetisi rendah tidak memaksimumkan pertumbuhan otot bahu. Cubalah meringankan beban lalu menaikkan repetisi! Beban berat tidak sentiasa menumbuhkan otot.

Kesimpulan

Kita perlu beri perhatian kepada pergerakan senaman kita supaya ia benar-benar memfokuskan otot yang diingini.

Rujukan

  1. https://www.muscleandstrength.com/articles/9-reasons-you-cant-build-boulder-shoulders
  2. https://builtwithscience.com/fitness-tips/how-to-build-shoulders/
  3. https://builtwithscience.com/fitness-tips/delts-muscle-not-growing/

 

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: