Hubungan Bench Press dengan Daya Tumbuk

Terdapat hubungan signifikan antara kekuatan otot atas badan dengan kekuatan menumbuk
Adakah lebih tinggi beban bench press bermakna lebih kuat daya tumbuk? Artikel ini akan membincangkan perkara tersebut dengan menyorot dua artikel jurnal yang terkini.
Terdapat kajian terdahulu yang mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara kekuatan otot atas badan dengan daya tumbuk seseorang atlet tinju profesional (Lenetsky et al., 2013).
Mudah kata, lebih kuat otot lengan, dada, bahu dan lain-lain, maka lebih kuatlah tumbukan seseorang. Pengajaran daripada kajian tersebut, seseorang atlet seni bela diri haruslah mula melakukan latihan beban supaya pergerakan menumbuk dapat dipertingkat.
Martinez-Cepero (2014) pernah mengkaji tentang hubungan bench press dan daya tumbuk. Apa yang beliau peroleh?
Kalau anda mahu meningkatkan kekuatan tumbukan, anda perlu melatih bench press dengan beban 80% daripada daya maksimum 1 repetisi (one-rep max).
Kalau anda mampu mengangkat 120kg bench press dengan hanya 1 rep, makna kata itulah kekuatan habis baik anda, maka anda perlu melatih bench press dengan berat sekurang-kurangnya 96kg untuk menambah kekuatan tumbukan anda.
Yang lebih menarik lagi, terdapat kajian yang dilakukan oleh Lopez-Laval et al. (2019) membuktikan perkara yang sama. Cuma, Lopez-Laval et al. (2019) mendapati bahawa tidak semestinya 80% daripada one-rep max. Kalau dilakukan dengan beban 30% juga dapat menyumbang kepada halaju tumbukan.
Ringkasnya, semua kajian ini bersetuju bahawa latihan beban atas badan menyumbang kepada halaju tumbukan. Maka, setiap pengamal sukan bela diri wajib melakukan latihan beban sebagai nilai tambah kepada prestasi sukan mereka.
Rujukan
Lenetsky, S., Harris, N. & Brughelli, M. (2013). Assessment and contributors of punching forces in combat sports athletes: Implications for strength and conditioning. Strength Conditioning Journal, 35, 1–7.
Mart?nez-Cepero D. (2014). Influence of movement speed bench press on beating force in boxing. J Sport Train, 28, 1–12.
Isaac Lopez-Laval, Sebastian Sitko, Borja Mun iz-Pardos, Rafel Cirer-Sastre, & Julio Calleja-Gonzalez. (2019). Relationship Between Bench Press Strength andPunch Performance in Male Professional Boxers. The Journal of Strength and Conditioning Research, 34(2), 1-5.