Sakit Kepala Selepas Makan

Dah lama diet atau jaga makan, 1 hari bila makan benda merapu sikit mula sakit kepala. Kenapa?
Masalah ini dipanggil postprandial headache. Postprandial bermaksud selepas makan. Jika ia berlaku sepanjang masa, jangan dibiarkan. Jumpa pakar. Ada sesetengah sakit kepala disebabkan apa yang ada dalam makanan tersebut. Dah terlalu lama jaga kandungan garam, tetiba masuk garam yang tinggi boleh jadi penyebab. Jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan dan memerlukan menu tipu, jangan pilih makanan yang terlalu tinggi garam.
Sakit kepala selepas makan boleh jadi disebabkan beberapa sebab. Ada yang dipanggil postprandial hypoglycemia. Ia biasanya 4 jam selepas makan disebabkan paras gula yang menurun. Mungkin disebabkan diabetes, masalah tumor di dalam sistem penghadaman atau masalah hormon yang tidak normal.
Ada juga kes disebabkan alergi. Mungkin anda alergi sesuatu. Kena cuba dan tengok. Contoh, untuk uji alergi terhadap produk tenusu, cuba buang tenusu daripada diet untuk seketika dan tengok perubahan pada diri. Ujian begini bukan hanya untuk sakit kepala, tapi boleh juga uji untuk masalah lain seperti jerawat dan sebagainya.
Ada juga kes masalah pada sendi temporomandibular (TMJ). Ia menyambungkan rahang ke bahagian tengkorak di hadapan telinga. Biasanya mengunyah pun akan menyebabkan sakit kepala. Boleh jadi juga masalah brain freeze, bila makan aiskrim terlalu cepat. Ia disebabkan perubahan salur darah, memberi tindakbalas pada suhu. Masalah ini biasanya sebentar sahaja.