Sakit Sendi
Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang. Mereka sokong dan bantu anda bergerak. Sebarang kerosakan pada sendi disebabkan penyakit dan kecederaan boleh mengganggu pergerakan dan menyebabkan sakit.
Kenapa sakit?
Sakit sendi adalah sakit biasa terutama apabila meningkat usia. Kesakitan paling biasa adalah di sendi lutut, diikuti bahu dan pinggang. Sakit sendi juga boleh terkesan pada sendi-sendi lain. Ia boleh jadi disebabkan;
– Osteroarthritis, satu penyakit pakai dan koyak
– Rheumatoid arthritis, sejenis penyakit autoimmune apabila badan menyerang tisunya sendiri
– Bursitis, apabila kusyen di sendi keradangan
– Gout, sejenis arthritis juga yang biasa serang sendi ibu jari
– Strain, sprain dan kecederaan lain
Kebiasaannya, sakit datang dengan bengkak, keradangan, otot ketat dan masalah jarak pergerakan (range of motion).

Apa rawatannya?
Sakit sendi ini ada pelbagai peringkat daripada ringan ke akut dan kronik. Ia biasanya dikawal dengan ubat, terapi fizikal dan perubatan alternatif yang lain. Pada peringkat awal, doktor akan preskrip ubat nonsteroidal anti-inflammatory (nSAID) seperti aspirin, celecoxib, ibuprofen, naproxen, acetaminophen dan sebagainya.
Kalau sakit teruk, doktor akan bagi jenis opiod yang biasanya menyebabkan ketagihan dan masalah lain. Kes teruk biasa akan bagi steroid anti keradangan. Biasanya beri kesan segera untuk sementara. Ada kes doktor baru terapi platelet-rich plasma PRP. Prolotherapy juga diperkenalkan. Ia adalah beberapa siri suntikan, biasanya campuran gula ke sendi, ligamen dan tendon. Boleh cecah 15-20 suntikan setiap bulan untuk 3 hingga 4 bulan.
Kebanyakan kes boleh dikawal dengan terapi fizikal sama ada dengan kaedah manual, ultrasound, terapi sejuk panas, stimulasi elektrik dan sebagainya. Jika anda berlebihan berat badan, turunkan berat bantu mengurangkan tekanan pada sendi.




