Bisep koyak, nak buat apa?!

Otot bisep boleh koyak akibat latihan beban yang berlebihan dan metod bersenam yang tidak tepat

Bisep merupakan otot yang kita guna untuk pergerakan menarik dan mengangkat. Cuba bayangkan kita sedang melakukan bicep curl, pergerakan curl itu sendiri memberi kesan yang signifikan kepada otot bisep. Untuk menguatkan otot bisep, bicep curl merupakan satu senaman wajib. Otot bisep terletak di bahagian depan lengan atas. Itulah otot yang ramai orang mahu ada. Dengan adanya otot bisep yang besar dan cantik, ia lebih kelihatan macho!

Ada kes-kes terpencil, otot bisep koyak selepas melakukan senaman khusus bisep seperti bicep curl, dumbbell curl dan sebagainya. Bagaimana otot bisep boleh terkoyak? Pertama, kerana terlebih guna. Jika kita menggunakan otot bisep secara berlebihan dan tidak memberi ia masa rehat yang cukup, kemungkinan besar otot tersebut boleh koyak! Kedua, metod latihan beban yang tidak betul sehingga tendon terkoyak tanpa kita sedari.. Maka, belajarlah untuk melakukan senaman-senaman tertentu supaya posisi otot berada dalam posisi yang tepat. Salah posisi, mudah untuk ia cedera.

Kursus Kecergasan 2021

Bisep kita boleh koyak secara separa atau penuh. Koyak yang dimaksudkan di sini ialah koyak pada tendon. Apakah itu tendon? Tendon ialah sejenis tisu yang menghubungkan otot dan tulang. Terdapat beberapa tanda supaya kita kenal pasti bahawa bisep kita telah koyak supaya kita tidaklah teruskan melakukan latihan beban yang akhirnya boleh mengakibatkan kondisi yang lebih teruk.

Tanda-tanda bisep koyak:

  • Tiba-tiba lengan terasa sangat sakit sehingga tidak boleh melakukan pekerjaan biasa yang lengan lakukan seperti menangkat barang dan sebagainya.
  • Bengkak.
  • Lebam di sekeliling kawasan yang tercedera.
  • Terdapat bunyi letusan atau ketukan (snapping and popping) pada bisep.
  • Lengan gagal berfungsi dengan baik seperti memusingkan tangan, mengangkat tangan dan lain-lain.

Untuk sebarang rawatan, boleh baca seperti berikut:

  • Rawatan tanpa pembedahan

Sebenarnya memang boleh bisep koyak itu disembuh tanpa dilakukan sebarang rawatan. Dengan berlalunya masa sahaja, bisep boleh sembuh seperti sedia kala. Tetapi, harus dilakukan beberapa perkara untuk menpercepatkan penyembuhan. Pertama, rehat. Jangan gunakan lengan untuk kerja-kerja berat yang akan melambatkan lagi proses penyembuhan. Kedua, letakkan ais pada otot yang koyak. Letakkan ia selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Ketiga, makan ubat anti-radang seperti NSAIDs. Keempat, terapi fizikal. Kita boleh melakukan sedikit rehabilitasi untuk mendapatkan julat pergerakan yang sempurna supaya lengan yang cedera boleh cepat baik pulih.

  • Rawatan dengan pembedahan

Bergantung kepada tahap kecederaan. Sekiranya rawatan tanpa pembedahan itu tidak memberi apa-apa kesan positif, maka kita perlulah menggunakan alternatif, iaitu rawatan pembedahan. Matlamat pembedahan ini adalah untuk melekatkan kembali tendon pada tulang. Pemerhatian pada tahun 2016, ramai doktor yang menasihatkan untuk dapatkan terus nasihat dan khidmat pakar selepas bisep kita koyak. Hal ini untuk elakkan kecederaan berlaku dengan lebih teruk. Tambahan pula, pakar boleh berikan penyelesaian segera kepada kita.

Jadi, bagaimana sebetulnya kita mahu elak daripada terjadinya cedera seperti bisep koyak ini?

  • Jangan lupa untuk panaskan badan terlebih dahulu dan dapatkan mobiliti yang tepat bagi setiap senaman supaya kita tidak meletakkan tekanan yang terlalu tinggi pada tendon.
  • Dapatkan khidmat pakar untuk memeriksa cara kita melakukan senaman beban supaya risiko untuk cedera itu rendah seperti khidmat jurulatih, ahli terapi fizikal dan lain-lain.
  • Bijak dalam memilih beban yang sesuai untuk perkembangan dan kemajuan otot. Apabila kita melakukan latihan beban, pastilah kita mengangkat beban yang berat supaya otot boleh menguat, tetapi kadar berat itu harus diteliti supaya ia sesuai untuk otot beradaptasi. Bukannya kita mengangkat beban yang terlalu berat sehingga akhirnya tidak memberi manfaat langsung pada otot.

Kesimpulannya, bisep koyak ini sangat bahaya kerana ia melambatkan prestasi kita di gim. Adalah lebih baik kita melakukan latihan beban dengan berperingkat dan mempunyai ilmu yang betul supaya risiko untuk ia tercedera itu kurang.

 

Rujukan 

What to know about bicep tears. https://www.medicalnewstoday.com/articles/bicep-tear

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: