Seated Leg Curl vs Lying Leg Curl Nov01

Kongsi

Seated Leg Curl vs Lying Leg Curl

Apa sebenarnya perbezaan antara lying leg curl dan seated leg curl? 1 persoalan menarik. Terlalu banyak mesin yang ada sekarang menimbulkan banyak variati senaman. Kebanyakan yang membentuk hamstring bersifat bi-articular, bermaksud mereka melalui 2 sendi. Jadi hamstring mempengaruhi sendi pinggul dan lutut. Bicep femoris pula hanya melalui sendi lutut, jadi tidak terlibat dalam pergerakan pinggul.

Senaman yang melibatkan pergerakan pinggul seperti romanian deadlift, stiff-legged deadlift, good morning, 45-degree ham raise akan kena juga pada hamstring. Senaman ini akan menyasarkan rantaian posterior termasuk erector spinae, hamstring, glute dan sebagainya. Walaupun hamstring membantu dalam squat akan tetapi pergerakan ini tak membantu sangat perkembangan hamstring disebabkan kurang tarikan atau tekanan diberikan pada otot tersebut. Glute dengan adductor lebih main peranan.

Manakala pergerakan lutut adalah pilihan lebih baik untuk sasarkan hamstring. Pilihan yang ada termasuk lying leg curl dan seated leg curl. Jadi sebenarnya perbezaannya? Seated berapa dalam keadaan otot memanjang manakala lying dalam kedudukan lebih pendek. Daripada segi pembinaan saiz, seated lebih baik. Kebanyakan kajian setuju, latihan dengan kepanjangan otot yang lebih baik memberi kesan hipertrofi yang lebih baik. Ada juga mesin lying leg curl yang tambah jarak pergerakan dengan membengkokkan posisi pinggul. Mesin lama biasanya lurus.Kursus Kecergasan 2021

Kajian menunjukkan, seated leg curl beri kesan hipertrofi pada semitendinosus, semimembranosus dan bicep femoris long head, manakala lying lef curl lebih pada sartorius. Kedua-dua beri kesan hampir sama pada gracilis dan bicep femoris short head. Kekuatan bertambah hampir sama. 31.1% untuk duduk dan 26.6% untuk baring.

Jadi kesimpulannya, seated leg curl lebih superior. Jika tempat anda ada keduanya, apa salahnya buat dua-dua.

Rujukan
1. Greater hamstrings muscle hypertrophy but similar damage protection after training at long versus short muscle lengths. Maeo, et al. 2020
2. Muscle recruitment pattern of the hamstring muscles in hip extension and knee flexion exercises. Yanagisawa and Fukutani. 2020.
3. Regional differences in muscle activation during hamstrings exercise. Schoenfeld, et al. 2015.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube