Senaman Knee Valgus
Ada sebahagian daripada kita mungkin berdepan dengan masalah knee valgus atau juga dipanggil knock knee. Lutut akan kepit ke dalam yang ketara terutama ketika melakukan aktiviti seperti jalan, lari, cangkung dan pelbagai lagi.
Dalam bahasa sainsnya dikatakan terlalu banyak hip adduction dan internal rotation. Ia biasa juga menyebabkan pronation di bahagian kaki. Corak pergerakan ini boleh menyebabkan sakit lutut dan buku lali. Dalam kes teruk boleh menyebabkan kecederaan ACL di lutut.

Apa yang menyebabkannya?
1. Kurang pergerakan dorsiflexion, iaitu dibahagian tapak kaki. Pergerakan naik turun.
2. Kelemahan medial arch. Kurang sokongan pada bahagian tengah di tapak kaki menyebabkan dia pronate.
3. Ketidakstabilan pinggul. Kelemahan pada hip external rotator dan abductor menyebabkan pinggul tak stabil. Kelemahan pada gluteus maximus (otot punggun). Gluteus maximus dikenali sebagai otot tri-planar, bermaksud boleh bergerak dalam 3 satah. Saya akan ceritakan peranan otot punggung dalam entri berbeza nanti.
Bagaimana nak betulkan?
Ada pelbagai kaedah, tapi anda boleh cuba yang ini. Proses ini mungkin ambil masa bergantung kepada berapa teruk keadaan seseorang.
1. Letak resistance band atau tali pinggang gim di bahagian atas lutut
2. Berdiri tegangkan dengan bukaan kaki besar
3. Turun squat sambil menolak resistance band atau tali pinggang tadi
4. Tahan di bawah sekitar 5 saat dan kembali ke atas
5. Buat 3 set 10 rep setiap hari





