Squat vs Berlari, Mana Lebih Baik Turunkan Berat Badan?

Squat vs Berlari, yang mana sebenarnya lebih baik untuk kuruskan badan. Satu persoal menarik untuk kita bincang.

Menurut kajian, squat bakar secara purata 35 kalori seminit bergantung pada pelbagai faktor termasuk bebanan, jantina, berat badan dan sebagainya. Antara semua latihan rintangan, latihan bahagian bawah badan bakar lebih banyak kalori berbanding bahagian atas. Bermaksud rugilah kalau masuk gim buat latihan bahagian atas sahaja. Manakala berlari atas treadmill bakar sekitar 5 hingga 9 kalori seminit.

Squat dah tentu bina lebih banyak otot. 10lbs otot bakar sekitar 50 kalori ketika rehat, dan 10lbs lemak hanya bakar 20 kalori. Jadi, untuk bakar lebih banyak kalori, anda kena lebihkan otot. Squat adalah pergerakan kompaun, yang mana otot utamanya adalah quadricep, tapi dalam masa sama anda gunakan hamstring, punggung, dan betis. Selain daripada itu, untuk stabilkan diri, ia turut gunakan perut, otot belakang di bahagian tengah dan atas, serta lattisimus dorsi.

 

Kursus Kecergasan 2025 

Ada 1 kajian dalam Journal of Strength and Conditioning menunjukkan paras testosteron subjek meningkat 16 peratus selepas squat jika dibandingkan dengan leg press. Belum masuk lagi tindak balas hormon tumbesaran, kortisol dan insulin-like growth factor.

Dengan melakukan squat ulangan tinggi, anda lebih sukar bernafas. Ia sekali gus meningkatkan aktiviti jantung kita. Kita cuba dapatkan kembali oksigen selepas senaman. Ia dipanggil exercise post-oksigen consumption (EPOC), sekali gus meningkatkan metabolism sementara selepas bersenam.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: