Tom Platz: Paha Terbesar di Dunia
Tom Platz pernah bertanding di samping Arnold Schwarzenegger bagi gelaran Mr. Olympia. Mereka berdua juga pernah menjadi kawan baik dan rakan berlatih di gim.
Namun, apa yang membuatkan Tom Platz ini diingati sehingga kini?
Jawabnya…
Pahanya. Beliau dipanggil sebagai The Quad Father oleh para peminat. Ini adalah kerana pahanya yang berukuran 30 inci.

Jadi, apa yang beliau lakukan untuk dapat paha yang sebegitu berotot dan besar?
Mantapkan teknik, tambahkan beban
Pertama sekali, prinsip yang dipegang oleh Tom Platz ialah teknik yang tepat. Teknik yang tepat membolehkah otot berkembang dengan baik dan efektif.
Tidak ada gunanya sekiranya kita menambah beban yang terlalu berat, tetapi teknik kita masih lagi tidak sempurna.
Mudah kata, ia bersifat sekuel.
Teknik –> Intensiti
Lakukan banyak repetisi
Tom Platz lakukan squat dengan beban 350lbs sebanyak 52 repetisi.
Selain ini juga, beliau melakukan squat dengan beban 225lbs selama 10 minit tanpa henti. Kira-kira 100 repetisi.
Pada Platz, prinsipnya, mudah sahaja:
Makin susah, makin bagus
Volum latihan yang Tom Platz amalkan adalah sangat tinggi. Repetisinya sahaja (total) bukanlah rendah, tetapi ada yang mencecah lebih daripada 100 .
Squat dan Hack Squat itu wajib
Dua senaman kaki ini merupakan senaman kegemaran Tom Platz. Beliau mewajibkan siapa-siapa yang ingin membina otot bawah badan melalui dua senaman ini dahulu.
Terutama sekali, Hack Squat. Hack Squat yang dilakukan oleh Platz adalah membiarkan lutut ke melepasi tumit (ke depan) untuk lebih mengaktifkan otot paha atas. Contohnya seperti gambar berikut:

Kesimpulannya, untuk membina otot paha yang mantap, volum latihan kita hendaklah tinggi dan sangat-sangat mencabar badan.
Rujukan
- Tom Platz Squat & Leg Workout
- Tom Platz Leg Workout
- The Tom Platz Leg Workout for Building an Unbelievable Lower Body


