Vegetarian – Pemakan Daun

Vegetarianism bermula secara budaya, asasnya seolah menghormati binatang dan hentikan keganasan terhadap binatang. Ada yang buat atas alasan moral, agama dan kesihatan. Sejarahnya bermula daripada zaman Phythagorean lagi. Pada 29 September 1947 persatuan vegetarian pertama ditubuhkan di Ramsgate, England.

Secara amnya, vegetarian dipecahkan kepada 7 versi vegetarianism;

  • Vegetarian (aka lacto-ovo vegetarian)

Vegetarian jenis ini tidak makan daging, ikan, dan makananlaut lain tapi masih ambil produk berasaskan susu, madu dan telur.

  • Flexitarian

Ia adalah versi yang lebih fleksibel. Kebanyakan makanannya berasasnya sayur, tapi boleh makan ayan, daging atau produk berasaskan haiwan lain jika kempunan.

Kursus Kecergasan 2024

  • Pescatarian

Mereka adalah versi vegetarian yang makan ikan, telur dan produk tenusu.

  • Lacto-vegetarian

Mereka tidak makan telur, daging, ayam, ikan serta makanan laut lain tapi ambil produk tenusu.

  • Ovo-vegetarian

Mereka makan telur dan produk berasaskan telur tapi tidak makan produk tenusu serta sumber protein lain daripada haiwan seperti makanan laut, daging, ayam dan sebagainya.

  • Vegan

Ini yang paling tegas. Mereka menolak semua sumber berasaskan haiwan termasuk telur, produk berasaskan susu dan juga madu. Mereka juga tak pakai pakaian yang diperbuatkan daripada sumber haiwan, atau produk yang ada sumber haiwan seperti gelatin.

  • Raw vegan

Kategori yang paling dasyat. Seperti vegan, akan tetapi mereka tidak masak apa yang dimakan. Makna, makan sayur mentah dan sebagainya.

Ada beberapa kajian menunjukkan diet tumbuhan dikaitkan dengan rendah risiko penyakit jantung, diabetes dan sebahagian kanser.

Tiada masalah dengan diet vegetarian, cuma ianya agak sukar untuk dapatkan protein mencukupi. Anda tidak boleh ambil daripada satu sumber makanan sahaja. Kena ada beberapa campuran untuk dapat sumber amino mencukupi badan. Ada juga ahli bina badan yang buat diet vegetarian dan berjaya dapatkan bentuk badan yang menarik.

Patrick Baboumian

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: