Apakah Manfaat Makan Keju Bagi Mereka Yang Bina Badan?

Keju kaya dengan sumber protein, mereka yang angkat berat wajib mengambilnya!
Bagi rakyat Malaysia, keju adalah satu jenis makanan yang tidak asing lagi. Mana-mana saja kita jumpa makanan, selalu diletakkan keju dengannya. Apam Balik sudah ada Apam Balik Cheese. Pisang Goreng sudah ada Pisang Goreng Cheese.
Mana-mana saja ada “cheese”! Tahu tak anda bahawa keju mempunyai manfaatnya tersendiri untu bina badan? Mari kita belajar!
Dalam satu makalah yang bertajuk Nutritional Beneftis in Cheese menggariskan secara terperinci tentang kelebihan keju sebagai satu sumber nutrisi yang baik secara umum. Siapa-siapa sahaja yang makan keju akan mendapat manfaatnya.
Pertama sekali, keju ini kaya dengan Asid Amino yang merupakan komponen protein yang utama. Asid Amino inilah yang kaya dalam minuman daripada serbuk protein wei. Selalu orang-orang di gim minum protein. Tahukah anda bahawa dalam minuman protein itu kaya dengan asid amino? Dalam keju pun kaya juga!
Sedikit penafikan. Bukan semua jenis keju itu sihat, ya! Selepas ini akan dibincangkan jenis-jenis keju yang kita patut makan dan hindarkan.
Dalam satu kajian, pengkaji mengkaji sejauh mana pengambilan keju bermanfaat bagi pertumbuhan otot seseorang.
Kertas kerja itu berjudul: Cheese Ingestion Increases Muscle Protein Synthesis Rates Both at Rest and During Recovery from Exercise in Healthy, Young Males: A Randomized Parallel-Group Trial.
Kajian ini ingin membandingkan proses sistesis protein bagi dua kelompok sampel. Kelompok pertama minum susu protein, manakala kelompok kedua ambil keju. Hasilnya, kedua-dua kelompok ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi sintesis protein.
Makna kata, kesan keju itu pun sama macam minum protein!
Jadi, keju mana yang bagus untuk diet?
Seorang jurulatih kecergasan, Puan Azzatie Intan Suraya berkongsi tentang jenis keju yang patut dimakan. Kata beliau, sebelum apa-apa, semak kandungan nutrisi terlebih dahulu. Saranan beliau, carilah yang slim cheese dan cheddar biasa, ia tidak mengandung banyak kalori.
Mudah kata, baca kandungan nutrisinya, cari keju yang kaya dengan kandungan protein. Insya-Allah ia bermanfaat bagi mereka yang bina badan.
Menurut laman web prospre, parmesan cheese adalah keju yang paling kaya dengan sumber protein. Memang wajib ahli bina badan ambil.
Kesimpulan
Keju adalah makanan yang kaya dengan sumber protein. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati dengan kandungan nutrisi makanan tersebut supaya ia memberi manfaat yang maksimum kepada pertumbuhan otot kita.