Betulkah SARM Selamat Digunakan? Jul11

Kongsi

Betulkah SARM Selamat Digunakan?

Aiman Radzi - Betulkah SARM Selamat Digunakan

SARM sebenarnya dicipta untuk merawat pesakit-pesakit yang ada masalah-masalah seperti tulang rapuh, muscle wasting, anemia, dan keletihan kronik. SARM merupakan jalan alternatif kepada testosterone-replacement therapy (TRT). Cuma, sekarang telah mendapat tempat di hati ahli bina badan. Mereka mengambil SARM kerana:

  1. Ingin mencuba bahan anabolik sebelum mencuba steroid.
  2. Meningkatkan keberkesanan kitaran steroid dengan risiko minimum.

SARM dikatakan dapat memberikan kesan yang sama dengan steroid, tetapi difokuskan pada sel otot dan tulang sahaja. Steroid pula boleh memberi kesan kepada organ-organ lain juga dan ia turut boleh berubah menjadi kompaun negatif dalam badan. Sebab itu ramai mahukan SARM dalam proses bina badan!

Kursus Kecergasan 2017

Betulkah SARM Selamat Digunakan?

SARM bermaksud selective androgen receptor modulator, dan secara kimia, ia seakan-akan steroid anabolik. Ada banyak jenis SARM yang terjual di pasaran. Sesetengah jenis lebih kuat daripada yang lain dan memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mewujudkan kesan sampingan. Antara SARM yang terjual adalah seperti:

  1. MK-2866/GTx-024 (Ostarine)
  2. LGD-4033 (Ligandrol)
  3. LGD-3303
  4. GSX-007/S-4 (Andarine)
  5. GW-501516 (Cardarine)

Persoalannya, betulkah SARM selamat digunakan berbanding penggunaan steroid? Betul, SARM memang adalah alternatif baik untuk membesarkan otot daripada menggunakan steroid, tetapi ini tidak bermakna ia tiada sebarang kesan negatif langsung! Penggunaan SARM dengan melebihi dos turut boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini.

Meskipun ramai yang memakainya, SARM sebenarnya masih baru dalam dunia ini (baru beberapa dekad sahaja). Jadi, kajian yang dilakukan terhadapnya masih kurang.

Terlebih dos SARM memberi kesan kepada produksi testosterone semula jadi anda. Memang anda kajian yang mendapati testosterone semula jadi pemakai SARM berkurangan apabila digunakan untuk sesuatu tempoh. Malah, SARM turut sedang dikaji untuk dijadikan sebagai pil kontraseptif untuk lelaki kerana ia turut mengurangkan kuantiti sperma lelaki.

SARM bukanlah sebenarnya bebas risiko kesihatan. Ia cuma memberikan kesan minimum dengan dos yang kecil. Jadi, adakah anda bercadang untuk membeli SARM dan memakainya? Terpulang, SARM memang lebih selamat daripada steroid, tetapi ia tidak bermakna yang anda boleh tutup sebelah mata.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube