Borak-borak Zaki Khan Siri 14 Sep25

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 14

Menghampiri setahun menulis blog Zaki Khan ini. Terus terang saya kata, semakin banyak saya tulis, semakin banyak saya tak tahu. Maksudnya, semakin hari semakin banyak benda saya belajar. Belajar tak pernah habis. Hampir setiap hari saya membaca jurnal.

Boleh dikatakan 60 hingga 70 peratus adalah hasil penulisan saya. Manakala ada juga saya olah daripada definisi, takut lari daripada maksud sebenar. Ada juga saya gabungkan daripada beberapa sumber. Ada juga yang saya akui, saya baru belajar disebabkan ada yang tanya. Tetapi jika benda baru, saya akan cuba ambil masa untuk fahamkan, baca beberapa jurnal yang bersangkut paut. Baca kajian-kajian, juga bertanya pada yang pakar. Terima kasih pada yang tanya soalan-soalan pelik yang mana saya sendiri pun tak pernah terfikir.Kursus Kecergasan 2017

Alhamdullilah banyak juga yang mendapat kesan positif daripada apa yang saya tulis.

Alhamdullilah, salah sorang yang menunjukkan hasil positif

Antara yang saya tengah lakukan, saya tengah cuba sediakan seorang (Amran) untuk kategori super heavy. Jika boleh, saya sasarkan dia keluar bertanding pada berat 130 kg. Berat Amran sebelum bermula sekitar 70 kg, selepas raya, 102 kg, dalam masa 2 minggu mencecah 111 kg. Saya mensasarkan dia mencecah 160 kg jika boleh. Saya akan cuba muatkan cerita ini dalam entri khas nanti, Project A for Amran ZK.

Projek A

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube