Borak-borak Zaki Khan Siri 18

Jika anda perasan, artikel Zaki Khan kini berada di merata tempat. Antaranya berada di dalam Majalah i-Sihat sejak awal tahun 2012. Dapatkan keluaran terbaru, Mei 2012. Ada di kongsikan di pelbagai blog di Malaysia. Akan datang di mana? Cuba risik-risik majalah-majalah lain. :). Buku?

Majalah i-Sihat Mei 2012

Kursus Kecergasan 2024

Majalah i-Sihat Mei 2012

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 18

  1. dato…. nak tanya sikit…

    saya dulu berisi dalam 75kg (tinggi 174) saya diet sehingga 64kg (kurus). kemudiaan saya mulakan fasa besarkan badan…. dah 4 bulan berat naik 68kg… tapi yang merungsingkan saya belly fat (bawah perut) saya yang naik.. badan biasa jer… workout 3 kali seminggu, kardio (futsal & badminton) 2 kali seminggu…. rasa2 ada yang tak kena tak?

      1. saya makan sikit tapi banyak kali…. yang goreng2 pun saya bedal (mee, bihun, ayam, roti canai) tapi sikit2. last2 bila baca entri dato yang lain. baru rasa cam silap jer menu saya. saya sepatutnya kena hindarkan dari menu yang banyak menggunakan minyak dan lemak. (tapi kat malaysia makanan nie ler paling banyak dijual). sebab tu belly fat saya naik. lagi satu daripada info yang saya dapat… dalam membentuk otot perut… makan malam patut dielakkan selepas pukul 7. atau kurangkan pengambilan karbo kerana karbo akan ditukarkan kepada tenaga dan tenaga akan ditukarkan kepada lemak jika tidak digunakan, jadi elok tak ambil protein shake pada sebelah malam. Macaman dato… betul ker?

        1. bukan dielakkan makan mlm, tp perlu pilih, lebihkan protein time malam.

  2. lagi satu… dari pembacaan saya… apa yang kita makan adalah menjadi tenaga bagi kita (kalori). Jika kita ambil daripada keperluan badan kita ia akan disimpan sebagai lemakkan? Jadi macam mana nak bagi kalori itu ditukar kepada otot? rasa ramai yang nak tahu…. k, terima kasih.

    1. tenaga utk pergerakan. bila berlaku hipertrofi, otot akan dibentuk dgn kehadiran protein.

  3. as salam dato..
    kat pasaran ni ada mcm2 alat senaman yg dijual..
    ada x alat senaman yg x sesuai digunakan atau bahaya?
    1 lagi hand grip utk apa?

    1. biasanya, kalau x selamat, x boleh berada dlm pasaran.
      yg menjadikan x selamat, mungkin cara penggunaan x betul
      hand grip utk support angkat berat, biasanya genggaman akan fail dahulu dlm kebanyakan aktiviti menarik

  4. Errrr nak tanya macam mana nak bentukkan otot bicep. Saya dah 4 bulan pergi gym dan tiap kali pergi mesti mulakan dengan otot bicep dulu. Tapi yang saya pelik otot bicep saya hanya membesar tapi tak nampak bentuk. Saya dulu mula dengan 10kg hinggalah sekarang 17kg tapi masih juga tidak kelihatan bentuk hmmm ada juga orang beritahu saya kalau nak besarkan otot angkat dumbbell yang berat tapi kalau nak bentukkan dia kena yang ringan errr betul kaa ???

      1. try amik herbalife formula 3..aha..aq amik sebulan je.. tp mmg cutting habis.. aq kurus je.. tp mmg ad shape slpas amik herbalife formula 3 ni..*sje share pngalamn..*

    1. layannn…hehe,moga bloq dato dikenali d seluruh malaysia.. 🙂

  5. arigho sachi says:

    dato tanya sikit..bagi orng yg alami masalh kewangan..agar sukar untuk beli protein shake..kalau amalkan minum susu tepung..ok ka dato

    1. lebihkan makan natural seperti ayam dan ikan. susu tepung agak kurang proteinnya.

      1. askum dato,

        sy ada baca sekiranya xmampu beli protein sebab mahal ada orang syorkan kt mnm susu skim..apa fungsi susu tu dato..apakah kebaikan dan keburukan susu nie..

        1. sama juga, cuba aim protein. cuma proteinnya lebih rendah, fatnya lebih tinggi dari produk whey protein

  6. Salam dato,
    saya peminat setia baca artikel website dato punya.
    Minta dato dapat buat permintaan saya. Saya dan rakan saya bekerja 12 jam,mempunyai 2 shift dan cuti 2 hari. Memandangkan hidup saya lebih kepada kerja, nak tau cara latihan,makan,rehat secukupnya sementara kami masih bujang :-). Harap dato dpt beri kami tips

    1. ada gak cadang utk topik shif n student. tp x terbuat lg. insyAllah sy cuba usahakan secepat mungkin.

  7. assalamualaikum dato’…nak tanya,boleh tak kite bermain gym & diselang seli dgn swiming ..mksdnye isnin swiming,selasa gym…..dan ade ke baikan & keburukan aktiviti swiming bg yg bermain gym? badan x boleh jadi ke?..mtk pendpt utk saya yg cetek ilmu ni…tqsm..:)..& lagi 1 dato’, x teringin ke nak bukak gym kat klang / shah alam?…

    1. xde masalah. elok lg pelbagaikan aktiviti. jgn terikat ngan gym je. sesekali cuba main squash ke, daki gunung ke dll.
      kalau buka sendiri, tak tahu lg, xde perancangan. tp kalau berminat nak buka, insyAllah sy boleh tlg bekalkan alat dll. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: