Diari Kekuatan 3

Bersambung dari
Diari Kekuatan 2
Apa saya buat minggu ini? Senyap sahaja tanpa diari. Saya agak sibuk dengan seminar jadi menghimpunkan latihan saya dalam 1 diari minggu ini. Macam mana Raya anda? Overdose makan? Masa untuk bakar balik. Rasa macam dah makan 1 bahagian lembu. 🙂Kursus Kecergasan 2024

Latihan Hari 3 (Selasa):

Senaman Kardio di atas Treadmill 30 minit dengan kelajuan 6.0
Squat 120kg 5 sets x 5 reps
Bench Press 90kg 5 sets x 10 reps
Weight Dip 20kg 5 sets x 5 reps

Latihan Hari 4 (Rabu):

Senaman Kardio di atas Treadmill 30 minit dengan kelajuan 6.0
Deadlift 120kg 5 set x 5 reps
Overhead Press 60kg 5 set x 10 reps
Pull up Bodyweight 5 sets x 5 reps

Latihan Hari 5 (Jumaat):

Deadlift 160kg 3 set x 3 reps
Deadlift 180kg 1 set x 1 rep

Masih dalam tempoh rehab disebabkan kecederaan lutut, tapi berjaya buat deadlift 180kg. Kesakitan semakin kurang terasa. Cuma terasa sedikit selepas set tersebut tetapi hilang dalam tempoh yang singkat.

Saya dapat tahu agak last minute, saya dah didaftarkan oleh isteri saya untuk Marathon UMW Eco Run 5km. Setahu saya, saya tak pernah habiskan larian marathon dalam official event. Sentiasa mengelak zaman sekolah dahulu. :D. Hari ini berjaya habiskan 5km dalam tempoh 35 minit. Not bad for a beginner.

Selepas tamat 5km UMW Eco Run, dalam 35 minit
Selepas tamat 5km UMW Eco Run, dalam 35 minit

Bersambung ke
Diari Kekuatan 4

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: