Ulangan Maksima Mar10

Kongsi

Ulangan Maksima

Apa itu 1 Ulangan Maksima? Ada yang masih tidak memahami maksud Ulangan Maksima? Ulangan maksima atau repetition maksimum adalah satu unit untuk mengukur bebanan maksima yang boleh diangkat untuk menentukan beban latihan. 1 Ulangan Maksima bermaksud bebanan yang boleh diangkat sekali ulang sahaja dan gagal untuk mengulanginya untuk kali ke dua.

Bagaimana menguji dan menentukan ulangan maksima ini? Cara klasik adalah dengan menguji setiap satu senaman. Sebagai contoh, bench press. Seorang subjek diuji dengan satu bebanan yang sesuatu. Contoh bagi yang biasa mengangkat bebanan berat, gunakan 100 kg. Subjek boleh mengangkat 10 kali ulangan. Rehat 5 minit dan lakukan menambah, mungkin 120 kg. Subjek mungkin boleh lakukan 6 kali. Ulang prosedur sehingga hanya boleh mengangkat satu ulangan. Itu dinamakan 1 Ulangan Maksima atau 1 Repetition Maximum.

Kursus Kecergasan 2017

Cara mudah adalah berdasarkan kiraan. Jika subjek boleh mengangkat 100 kg dengan 10 ulangan. Maka mengikut formula:

(ulangan) x 0.03 x beban + beban = 1 Ulangan Maksima

10 x 0.03 x 100 kg + 100 kg = 130kg

Saya banyak menggunakan istilah ulangan maksima dalam entri-entri saya berkenanan program-program latihan. Harap semua memahaminya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube