Arnold Press: Untuk Otot Bahu yang Besar

Arnold Press menyasarkan keseluruhan otot bahu

Ia merupakan senaman yang diperkenalkan dan popular diamalkan oleh Arnold Schwarzenegger. Sebab itulah nama senaman ini diasosiasikan dengan nama beliau.

Arnold Press merupakan salah satu senaman bahu yang menyasarkan ketiga-tiga otot bahu iaitu depan, tengah dan belakang.

Satu senaman sahaja!

Memberi kesan kepada keseluruhan otot bahu.

Tidakkah ini satu senaman yang banyak menjimatkan masa?

Cara-cara melakukan arnold press

  1. Pegang dua dumbbell di hadapan dengan tapak tangan mengadap diri kita
  2. Kemudian, press atau tolak ke atas
  3. Ketika menolak ke atas, kita hendaklah memutar tangan kita supaya telapak tangan kita tadi menghadap ke depan pula, berlawanan dengan diri kita

Senaman ini boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk.

Kalau berdiri, ia akan memberi sedikit tekanan pada otot belakang kerana hendak menstabilkan keseluruhan badan kita.

Kalau duduk, ia mengurangkan tekan itu tadi.

Lakukan sebanyak 4-5 set dan 10-12 repetisi.

Rujukan

  1. How To Master The Arnold Press (Yes, That Arnold). https://www.coachmag.co.uk/exercises/arm-exercises/2987/6-standing-dumb-bell-curl-arnold-press
  2. Seated Arnold Press Video Exercise Guide. https://www.muscleandstrength.com/exercises/seated-arnold-press.html
Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: