Skullcrusher untuk Lengan Sebesar Paha

Banyak atlet bina badan ternama yang mengatakan bahawa saiz trisep adalah 2 per 3 daripada lengan.

Jika anda mahu lengan anda nampak besar, anda perlu besarkan trisep. Oleh itu, skullcrusher adalah senaman yang paling berkesan untuk mencapai sasaran tersebut. Kursus Kecergasan 2025

Skullcrusher

Secara mudahnya, skullcrusher adalah sejenis tricep extension yang dilakukan sambil baring.

Senaman dinamakan skullcrusher adalah kerana anda menurunkan beban ke arah kepala anda (skull) lalu menolak beban ke atas kembali menggunakan otot trisep sehingga tangan anda lurus.

Skullcrusher adalah senaman isolasi kerana senaman ini hanya memberi kesan maksimum terhadap otot trisep semata-mata.

Ramai atlet bina badan yang menjadikan senaman skullcrusher ini sebagai senaman wajib untuk membesarkan lengan.

Ini membuktikan bahawa anda juga tidak boleh tertinggal daripada melakukan senaman ini!

Ini adalah Chef Rush. Beliau merupakan pesara askar yang pernah bekerja sebagai cef di Rumah Putih selama empat penggal kepresidenan. Sekarang, beliau lebih dikenali sebagai seorang cef selebriti oleh kerana lengannya yang sangat besar.

Dalam satu perkongsian, Chef Rush pernah mendedahkan senaman-senaman yang beliau lakukan untuk mendapatkan lengan sebesar itu.

Skullcrusher adalah senaman pertama untuk trisep yang beliau lakukan!

Selain daripada Chef Rush, C.T. Fletcher juga antara pengamal skullcrusher. Lihatlah saiz lengannya!

Fletcher sering melakukan senaman ini secara drop set. Itu akan menarik lagi banyak serat otot agar otot trisep akan lebih berkembang dan membesar.

Mana yang lebih sesuai? Pakai dumbel, barbel atau EZ bar?

Untuk alat, tidak ada kelebihan saintifik antara semua itu. Cuma, kita hendakkan keselesaan pada pergelangan tangan.

Maka, dumbel dan EZ bar adalah yang paling sesuai untuk melakukan skullcrusher.

Cara-cara melakukan skullcrusher

  1. Tetapkan beban pada dumbel atau EZ bar yang anda guna.
  2. Baring di atas bangku gim.
  3. Luruskan tangan ke atas seperti posisi melakukan bench press.
  4. Bengkokkan tangan ke arah atas supaya beban turun ke arah kepala anda atau atas sedikit daripada kepala anda.
  5. Tolak beban sehingga tangan lurus kembali.
  6. Ulang pergerakan ini sehingga kadar rep yang anda mahu.

Pastikan siku anda tidak bergerak sepanjang senaman ini dilakukan.

Jangan sesekali siku terkeluar daripada jarak dengan bahu. Siku hendaklah statik!

Sekiranya siku anda bergerak, maknanya anda perlu turunkan beban sekiranya terlalu berat.

Ingat, senaman ini adalah untuk memaksimumkan kerja pada otot trisep anda. Biarkan otot trisep anda sahaja yang bekerja!

Manfaat untuk atlet gusti lengan

Adakah anda seorang pengamal gusti lengan yang menggunakan teknik press?

Kalau ya, senaman skullcrusher adalah yang paling sesuai untuk anda. Anda tidak patut memandang rendah terhadap senaman ini.

Lars Rorbakken, atlet gusti lengan yang menggunakan teknik press dari Norway pernah mengalahkan ramai atlet-atlet ternama di dunia seperti Matt Mask (Kanada), Maateiwarangi Heta-Morris (New Zealand) dan lain-lain.

Ramai atlet yang tidak mampu menahan pressnya kerana trisep beliau yang sangat kuat.

Lars Rorbakken biasa melakukan senaman skullcrusher ini. Penulis pernah bertanya tentang senaman yang membuatkan press beliau begitu kuat di Facebook.

Jawabnya ialah dengan melakukan skullcrusher.

Beliau memuat naik video melakukan senaman tersebut dengan beban 62kg sebanyak 44 rep. Ini adalah sangat mengagumkan!

Kesimpulan

Skullcrusher bukan sahaja membuatkan otot trisep anda besar sebesar paha kawan anda! Tetapi juga, skullcrusher membantu atlet-atlet tertentu untuk meningkatkan prestasi sukannya.

Anda akan ke gim sekejap lagi? Jangan lupa lakukan skullcrusher!

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: