Juara Gusti Lengan Malaysia Menumpaskan Alex Toproll
Abang kepada atlet gusti lengan terkenal Schoolboy telah dikalahkan oleh juara dari Malaysia, Jake “Juggernaut” Chia. Jake Chia mengungguli Alex Toproll dengan 4 mata berbalas 1. Ini bermakna, atlet-atlet kita bukanlah atlet sebarangan di mata dunia. Alex Toproll bukanlah atlet amatur yang mudah dikalahkan. Namun, itu tidak mustahil bagi Jake Chia.

Kedua-dua atlet ini mempunyai saiz yang tidak jauh beza. Ini merupakan perlawanan yang sangat sesuai dari segi kategori berat badan.
Dari segi teknik pula, kedua-duanya dominan dalam toproll, iaitu teknik yang membuka pergelangan tangan lawan atau lebih disebut sebagai the can opener.
Pusingan Pertama
Sebagai atlet yang dominan dalam toproll, kedua-dua atlet ini memposisikan pergelangan tangan dengan tinggi. Ini adalah supaya membolehkan mereka menjayakan pergerakan toproll itu sendiri, iaitu dengan menyerang jari lawan.
Sebaik sahaja strap diikatkan, kedua-duanya bersedia dengan posisi pra-toproll masing-masing. Apabila pengadil berkata “Go!”, Jake Chia nampaknya lebih stabil bertahan dengan posisi posting toprollnya.
Alex cuba untuk menarik untuk mendapatkan leverage, tetapi tidak berjaya. Jake Chia menyerang dengan posting toproll dan pin! Satu mata diberikan kepada Jake Chia.
1-0.
Pusingan Kedua
Pusingan kedua juga adalah pusingan dalam strap. Namun, kali ini dengan “referee grip”. Kedua-dua dengan posisi tangan yang tinggi.
Selepas pengadil berkata “Go!”, Alex Toproll kelihatan menyerang dahulu dengan posting toproll, tetapi Jake Chia berjaya bertangan menggunakan risernya. Jake Chia pula menyerang dengan agresif sehingga pin.
Satu mata untuk Jake Chia.
2-0.
Pusingan Ketiga
Nampaknya Alex Toproll tidak dapat berbuat apa-apa. Jake Chia berjaya bertahan menggunakan risernya. Jake Chia menyerang pula sehingga pin. Satu lagi mata untuk Jake Chia.
3-0.
Pusingan Keempat
Alex Toplroll berjaya mengatasi riser Jake Chia membuatkan Jake Chia kehilangan riser. Pada posisi bertahan tanpa riser, Jake Chia dilihat susah untuk menyerang. Alex terus menyerang dan pin. Satu mata untuk Alex Toproll.
3-1.
Pusingan Kelima
Jake Chia bertahan. Alex Toproll cuba menyerang, tetapi dapat ditahan dengan hand controll Jake Chia yang mengatasi kekuatannya.
Pergelangan tangan Alex Toproll mati dan dia cuba untuk melakukan flop wrist press, tetapi tidak berjaya melepasi toproll Jake Chia.
Jake Chia menyerang dan akhirnya pin. Satu mata untuk Jake Chia.
4-1.
Ulasan
Keunggulan riser Jake Chia telah membuatkan dia mengungguli permainan ini. Cupping Alex Toproll tidak berjaya mematikan riser Jake Chia melainkan pada pada pusingan keempat yang nampaknya Jake Chia mengorbankan risernya kepada Alex Toproll. Itu pun dia masih boleh bertahan dan tidak mudah untuk Alex Toproll pinnya.
Akhir
Tahniah kepada atlet kita, Jake “Juggernaut” Chia kerana menunjukkan kepada dunia kemampuan dan kebolehan Malaysia dala sukan Gusti Lengan. Diharapnkan lebih ramai lagi atlet-atlet kita berada di persada dunia.
Nota
- Gambar dipinjam daripada saluran YouTube EastSide Arm Wrestling


