Juara Bertahan Gusti Lengan Akhirnya Tumpas

Selepas mengalahkan Dave Chaffee, Kamil Jablonski dari Poland tidak berhenti di situ sahaja. Dia telah memburu Devon Larrat, juara bertahan East & West tangan kanan kini. Devon Larrat, juara dari Kanada yang telah mengalahkan Denis Cyplenkov dan Ermes Gasparini. Dia sekarang sedang menuju untuk mengalahkan raksasa gusti lengan dari Georgia, Levan Saginashvili. Namun apakan daya, Devon Larrat tumpas di tangan atlet dari Poland ini 1 berbalas 5.

Kursus Kecergasan 2024

Pada tanggal 28 Januari 2024, Kamil Jablonksi dari Poland bersetuju untuk bersemuka dengan Devon Larrat dari Kanada dalam acara Arm Wars yang dikendalikan oleh bekas atlet ternama dari United Kingdom, iaitu Neil Pickup.

Tonton temu bual sebelum perlawanan: Devon Larratt Vs. Kamil Jablonski.

Keputusan

Kamil Jablonski tidak memberi peluang kepada Devon Larratt untuk masuk dalam posisi yang dia mahukan. Sebaik sahaja pengadil menjeritkan go, Kamil terus menekan ke tepi menggunakan teknik flop wrist press yang biasa dilakukan oleh atlet-atlet hebat seperti Jerry Cadorette dan Lars Rorbakken.

Kamil Jablonski melakukan ini setiap kali pusingan. Namun, atas kesalahan yang tidak disengajakan, Devon Larratt mampu menang bagi satu pusingan disebabkan faul oleh Kamil Jablonski.

Keputusan akhir: Kamil Jablonski 5 – 1 Devon Larratt.

Baca artikel bagaimana hendak memperkuat otot lengan bawah kita: Mahu lengan seperti Popeye, lakukan senaman ini!

Apa Kata Komuniti Gusti Lengan?

Berdasarkan ulasan daripada video Aussie ArmWrestler, rata-rata daripada peminat gusti lengan tidak menyangkakan bahawa Devon Larratt akan kalah dengan Kamil Jablonski yang bukan seorang atlet 10 teratas di dunia pun.

Berlawanan dengan itu, ada sebahagian komuniti yang sudah menjangka bahawa Devon akan kalah dengan Kamil kerana dua perkara: (1) Devon tidak melatih tangan kirinya kerana dia lebih khusus untuk tangan kanan dan (2) Devon sangat sukar untuk melakukan serangan balas terhadap flop wrist press. Sebelum ini, kita sudah lihat apa yang Genadi perlakukan kepada Devon dengan teknik pressnya yang sangat kuat.

Bagaimana Hendak Melawan Flop Wrist Press?

Menurut Yanis dalam video yang dimuat naik oleh Voice of Armwrestling, seseorang yang berhadapan dengan atlet yang kuat dalam memberi tekanan flop wrist press, dia perlu mempunyai pergelangan tangan yang sangat kuat untuk mentoproll lawannya agar lawannya itu tidak mampu menekan tangannya ke tepi.

Pertama, dia perlu berikan tekanan atas (rising) untuk menghilangkan daya lawan. Apabila kita berikan tekanan atas, lawan kita tidak akan mampu menekan. Pergelangan tangannya akan sakit.

Kedua, sebelum pusingan bermula lagi kita perlu memposisikan jari supaya menghalang lawan daripada masuk ke dalam posisi flop wrist press yang akhirnya memberi kelebihan kepada dia untuk mengalahkan kita. Rapatkan badan dengan tangan untuk menahan tekanan lawan. Tinggikan jari supaya jari lawan tidak mampu memegang dengan selesa.

Ketiga, latihlah toproll atas (posting) sehingga bisep kita benar-benar kuat. Ini bermaksud, bisep kita perlu melawan dengan trisep lawan. Maka, bisep kita mesti mempunyai kekuatan yang sama atau lebih unggul berbanding trisep lawan.

Kesimpulan

Kita perlu ucapkan tahniah kepada Kamil Jablonski kerana telah mengalahkan Devon Larratt menggunakan teknik yang tidak ramai orang guna. Ini adalah sesuatu yang wajar dipuji. Pada masa terdekat, kita akan dapati Kamil memanjat tangga 10 atlet teratas dunia.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: