Zon Bakar Lemak Penentu Kehilangan Lemak

Bersenam dengan perut kosong dan bersenam pada zon pembakaran lemak untuk meningkatkan pengoksidaan lemak adalah 2 cadangan yang biasa kita dengar. Dari sudut sains, adakah 2 perkara ini benar-benar terjadi dalam badan kita. Jom kita fahami bagaimana pembakaran lemak itu terjadi seterusnya bagaimana pula cara penurunan peratus lemak badan.
Penyimpanan lemak
Sel lemak wujud untuk menyimpan tenaga. Badan akan mengembangkan bilangan sel lemak dan saiz sel lemak untuk menampung tenaga berlebihan daripada makanan berkalori tinggi. Ia juga akan pergi lebih jauh untuk mula memendapkan sel lemak pada otot, hati dan organ kita yang lain untuk mencipta ruang untuk menyimpan semua tenaga tambahan ini daripada diet kaya kalori terutamanya apabila digabungkan dengan gaya hidup tidak aktif.
Lemak disimpan di dalam sel lemak dalam bentuk triagliserol. Lemak dibebaskan daripada sel lemak melalui laluan hormon/enzimatik yang agak komplek. Apabila sel lemak diperlukan, sel lemak akan melepaskan triagliserol ke dalam aliran darah sebagai asid lemak bebas (FFA), dan ia diangkut melalui darah ke tisu di mana tenaga diperlukan.
Pengoksidaan atau pemecahan lemak
Pengoksidaan lemak ini boleh datang terus daripada makanan yang dicerna melalui saluran gastrousus dan dilepaskan ke dalam aliran darah, atau ia boleh dipecahkan daripada asid lemak yang disimpan di dalam adiposit (sel lemak).
Lipolisis
Untuk mendapatkan tenaga daripada lemak, setiap molekul trigliserida mesti dipecahkan terlebih dahulu melalui hidrolisis kepada dua komponen utamanya, gliserol dan tiga asid lemak. Tindak balas yang dimangkinkan oleh lipase sensitif hormon (HSL), berlaku dalam sitoplasma. Asid lemak yang terhasil dioksidakan menjadi asetil KoA, yang digunakan oleh kitaran Krebs.
Penggunaan lemak
Lemak tidak dibakar dalam sel lemak. Apabila otot aktif, aliran darah meningkat, lebih banyak FFA dihantar ke otot. FFA masuk ke dalam mitokondria oleh LPL dan di sinilah FFA pergi untuk dibakar. Semakin kita aktif tidak kira EAT atau NEAT, semakin banyak lemak yang akan terbakar.
Sebaik sahaja asid lemak bebas, koenzim-A datang dan melekat pada hujung rantai asid lemak (di tapak karbon alfa & beta) dan mula membelah rantai asid lemak kepada beberapa rantai karbon yang lebih kecil dipanggil asetil-KoA. Asetil-KoA kemudiannya boleh memasuki kitaran Kreb untuk digunakan dalam metabolisme tenaga. Gliserol bebas kemudiannya boleh menjadi glukosa melalui proses glukoneogenesis (pembentukan glukosa baru). Ringkasnya, kedua-dua laluan ini adalah tempat lemak “dibakar.”
Kehilangan lemak
Pengoksidaan lemak vs penurunan lemak
Kedua-dua proses itu seperti sangat serupa tetapi bukan perkara yang sama. Pengoksidaan lemak menerangkan penggunaan molekul asid lemak oleh mitokondria untuk menghasilkan ATP. Kehilangan lemak pula adalah penurunan jisim lemak pada secara keseluruhan. Walaupun pengoksidaan lemak boleh ditentukan oleh intensiti latihan. Penyimpanan dan pembebasan lipid daripada sel lemak adalah faktor utama dalam keperluan keseimbangan tenaga, kehilangan lemak adalah hasil daripada mengekalkan defisit kalori yang mencukupi dari semasa ke semasa. Lemak mempunyai kandungan tenaga sebanyak 7700 kcal. Jadi anda masih perlu menggunakan 7700 tenaga.
KESIMPULAN
Akhirnya penurunan berat badan sebenarnya pembakaran kalori perlu lebih daripada kalori masuk. Mengurangkan pengambilan makanan adalah lebih berkesan daripada memantau zon bakar lemak semasa bersenam untuk penurunan berat badan. Jika anda bertanya bagaimana ingin mencapai defisit tenaga 300 kcal, anda boleh briskwalk pada zon pembakaran lemak atau tidak makan sebiji donut. Ia semudah itu.
Lemak sebagai simpanan tenaga, nak buang lemak guna sebagai tenaga.
RUJUKAN
-
Scientific Challenges on Theory of Fat Burning by Exercise, PMID: 34295263
-
Understanding the factors that effect maximal fat oxidation, PMID: 29344008
-
Effect of Exercise Training on Fat Loss—Energetic Perspectives and the Role of Improved Adipose Tissue Function and Body Fat Distribution, PMID: 34630157