Adakah ubat tahan sakit jejas pertumbuhan otot?

Latihan beban atau aktiviti sukan atau riadah yang lasak boleh menyebabkan kesakitan 24 hingga 48 jam selepas latihan. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti paracetamol, ibuprofen dan naproxen adalah ubat yang boleh dibeli diklinik atau farmasi untuk membantu daam mengurangkan sakit. Artikel kali ini membahas tentang ubat tahan sakit melihat apakah ia menjejaskan metabolisme protein secara negatif dan adakah ubat tahan sakit menjejaskan pertumbuhan otot?

Kebanyakan uba tahan sakit bertindak sebagai perencat bukan selektif enzim cyclooxygenase (COX), menghalang kedua-dua isoenzim cyclooxygenase-1 (COX-1) dan cyclooxygenase-2 (COX-2). COX memangkinkan pembentukan prostaglandin dan tromboksan daripada asid arakidonik. Prostaglandin bertindak sebagai molekul messenger dalam proses keradangan. COX-1 mempunyai peranan “house-keeping” dalam mengawal banyak proses fisiologi normal. Salah satunya adalah dalam lapisan perut, di mana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung, menghalang mukosa perut daripada terhakis oleh asidnya sendiri. COX-2 ialah enzim yang dinyatakan secara fakultatif dalam keradangan. (1)

 

Bukan itu sahaja, malahan apabila perencat COX-1/COX-2 yang tidak selektif (seperti aspirin, ibuprofen, dan naproxen) menurunkan paras prostaglandin perut, ulser perut atau pendarahan dalaman duodenum boleh berlaku. Penemuan COX-2 membawa kepada penyelidikan kepada pembangunan ubat penghalang COX-2 terpilih yang tidak menyebabkan masalah gastrik ciri NSAID yang lebih tua.(1)

Kursus Kecergasan 2024

 

Kajian oleh Karim et al pada tahun 1960-an menunjukkan bahawa prostaglandin hadir dalam otot rangka dan kepekatannya meningkat semasa dan selepas senaman. Kajian oleh Rodemann et al kemudian menunjukkan bahawa suplemen prostaglandin membawa kepada peningkatan sintesis protein dalam kajian in vitro yang melibatkan otot rangka tikus. (2)

 

Pengambilan ubat tahan sakit seperti acetaminophen (4g/hari) dan ibuprofen (1.2g/hari) telah terbukti menafikan dengan ketara peningkatan yang disebabkan oleh latihan rintangan dalam pengeluaran prostaglandin dan sintesis protein 24 jam selepas satu sesi latihan rintangan yang berat. (3)

 

Pada individu dewasa kajian oleh Trappe et al melaporkan peningkatan pertumbuhan dan kekuatan otot. Dalam kajian selama 12 minggu, lelaki dan wanita yang sihat (umur 60-78) diberikan sama ada acetaminophen (4 gram/hari) atau ibuprofen (1.2 gram/hari), dan mereka dilatih tiga hari seminggu. Kumpulan yang menggunakan NSAID meningkatkan jisim dan kekuatan otot sebanyak 25 hingga 50 peratus lebih berbanding kumpulan kawalan. (3)

 

Bukan itu sahaja, malahan kajian latihan dengan subjek yang lebih muda nampaknya tidak mempunyai kesan negatif, malah telah ditunjukkan untuk menimbulkan beberapa peningkatan dalam subjek yang lebih tua. Individu muda, yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan dikaji, menjalani program latihan bisep. Kumpulan kajian diberi dos rendah ibuprofen. Kajian itu berlangsung selama enam minggu dan pada penghujung enam minggu itu, penyelidik mendapati bahawa tiada perbezaan antara kumpulan yang diberi ibuprofen dan kumpulan kawalan dari segi pertumbuhan otot.(4)

 

Kesimpulanya, berdasarkan kajian-kajian yang dilampirkan pengambilan ubat tahan sakit dalam janga waktu yang akut mempengaruhi sintesis protein secara negatif. Namun, dalam jangka panjang mungkin terdapat peningkatan dalam sintesis protein disebabkan oleh keupayaan ubat tahan sakit untuk menyekat pengeluaran IL-6 dan MURF-1, yang secara tidak langsung memudahkan kemerosotan otot. Para pembaca dinasihatkan untuk menggunakan ubat tahan sakit dengan bijak. Jika anda mempunyai masalah seperti sakit perut dan alahan mohon untuk dapatkan nasihat daripada dokter sebelum mengambil ubat tahan sakit.

 

1. Calendar GR. Are Pain Killers Killing Your Gains? The Truth About NSAIDs and Body Building.
2. Rodemann H, Goldberg A. Arachidonic acid, prostaglandin E2 and F2 alpha influence rates of protein turnover in skeletal and cardiac muscle. Journal of Biological Chemistry. 1982;257(4):1632-8.
3. Trappe TA, White F, Lambert CP, Cesar D, Hellerstein M, Evans WJ. Effect of ibuprofen and acetaminophen on postexercise muscle protein synthesis. American Journal of Physiology-Endocrinology and Metabolism. 2002;282(3):E551-E6.
4. Krentz JR, Quest B, Farthing JP, Quest DW, Chilibeck PD. The effects of ibuprofen on muscle hypertrophy, strength, and soreness during resistance training. Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism. 2008;33(3):470-5.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: