Panduan Memahami Piramid Makanan Dari KKM

Piramid Makanan

Melihat gambar sepintas lalu tanpa memahami dengan lebih terperinci sering menimbulkan salah faham sehingga ada yang percaya dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan piramid makanan adalah punca penyakit metabolik sedangkan dalam piramid telah menekankan jenis dan jumlah setiap kumpulan makanan. Jom kita belajar untuk memahami piramid makanan.

Dasar Piramid

Bahagian dasar piramid adalah gambar sayur- sayuran dan buah-buahan. Pernyataan yang ditulis adalah lebih 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan. Bila melihat gambar kita nampak sayur-sayuran dalam cawan, ini bermaka saiz sajian diukur mengunakan saiz cawan. 1 sajian bersamaan 1 cawan. Jadi susun 3 cawan itu kepada menu harian bermakna 1 cawan sayur untuk sarapan, 1 cawan untuk makan tengah dan 1 cawan lagi untuk makan malam.

Untuk buah-buahan pula, pernyataannya adalah 2 sajian. Boleh jadikan 1 sajian sebagai snek pagi dan 1 sajian lagi snek petang. saiz sajian pula 1 biji pisang, 1 potong tembikai,  betik atau 6 biji rambutan. Untuk memudahkan sukatan, boleh guna saiz cawan juga seperti 1 cawan mangga atau buah naga, durian dan sebagainya. Untuk lebih jelas cara menyusun menu harian, boleh rujuk jadual dibawah :

Menu

Sarapan

Snek pagi

Makan tengah hari

Snek petang

Makan malam

Sayur/Buah

1 sajian sayur

1 sajian buah

1 sajian sayur

1 sajian buah

1 sajian sayur

Contoh

Sandwic

1 cawan buah naga

1 cawan mangga

Aras 2 Piramid

Sumber Karbohirat
Pernyataan yang ditulis adalah: nasi, bijirin lain, produk berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian : 3 – 5 sajian.

Cara untuk menyusun sajian karbohidrat, kita boleh buat 1 sajian sarapan pagi, 1 sajian makan tengah hari dan 1 sajian makan malam. Saiz untuk 1 sajian pula boleh rujuk gambar dimana 1 sajian nasi bersamaan 2 senduk rata nasi, 2 keping roti , 1 cawan mee atau 1 biji keledek.

Aras 3 Piramid

Sumber Protein
Pernyataan yang ditulis adalah:

  • Susu : 1-2 sajian
  • Ikan: 1 sajian
  • Ayam, telur/daging; 1-2 sajian
  • Legum: 1 sajian.

Menu

Sarapan

Makan tengah hari

Makan Malam

Tengah Malam

Susu/Lauk

1 gelas susu dan 2 biji telur

1 ekor ikan

1 ketul ayam

1 gelas susu

Puncak Piramid

Pernyataan yang ditulis adalah : Hadkan pengambilan lemak, minyak, gula dan garam. Pengambilan paling sedikit dalam menguruskan diet seharian. Sumber lemak seperti minyak, mentega, kelapa, santan. Sumber garam dan gula termasuk gula putih, gula perang, segala jenis sos.

Kesimpulan

Panduan yang telah dikeluarkan oleh KKM adalah mengikut kajian dan sumber yang sahih yang bertujuan agar kesihatan sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, disamping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi.  Panduan umum yang sesuai untuk kebanyakan individu kecuali anda adalah pesakit yang memerlukan panduan khusus yang perlu dapatkan nasihat dietitian.
Dalam piramid juga nota yang ditulis iaitu piramid berdasarkan 1500 kcal,  1800 kcal dan 2000 kacal dan individu dewasa yang tidak aktif. Jika anda individu aktif dapatkan pandangan dari jurulatih anda mengikut sukan atau senaman yang anda lakukan.

Eda Sharip

Eda Sharip

Coach Eda Sharip adalah Certified Personal Trainer, Gym Instructor and Fitness Instructor. Bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia Kawasan Kubang Kerian, Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu. Pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: