Awet Muda Dengan Autofagi Senaman Rintangan

Proses penuaan atau kulit kendur terjadi akibat dari pengumpulan protein dan/atau organel rosak dan ramai telah mendengar tentang autofagi dikatakan sebagai anti penuaan. Dan kita juga sering mendengar pendapat bahawa senaman sebagai anti penuaan. Adakah anti penuaan dari kesan senaman ini adalah sebahagian dari autofagi?

Apa itu Autofagi?

Autofagi proses yang sangat penting dalam beberapa proses fisiologi kerana memastikan pembersihan sel dan homeostasis tenaga dan ketiadaannya merupakan cabaran besar dalam sel, dan ia punca kebanyakan penyakit dan penuaan. Ia boleh dikata proses kelangsungan hidup sekiranya ada gangguan sel atau tekanan. Autofagi ialah proses katabolik yang bertanggungjawab terhadap degradasi komponen sel seperti protein rosak atau organel berlebihan atau rosak. Ia bermula dengan pembentukan dan pemanjangan membran phagophore kemudian penyerapan melalui pembentukan autofagosom dan degradasi oleh lisosom. 

Katabolik dan Anabolik

Katabolik adalah proses penguraian otot manakala anabolik adalah proses pembinaan otot. Sekarang anda jelas autofagi proses katobolik dan hipertrofi proses anabolik.

 

 

Bagaimana Senaman Boleh Meransang Autofagi?

Latihan senaman merangsang adaptasi dalam otot rangka melalui ketegangan mekanikal, kerosakan otot dan tekanan metabolik. Proses kerosakan otot yang berlaku dari esentrik dan konsentrik menyebabkan koyakan mikro pada otot. Menariknya autofagi terjadi ketika tekanan mekanikal tisu otot, menunjukkan aktiviti sel ini mengawalselia proses autofagi. Untuk meransang autofagi, AMPK diaktifkan. Ada banyak lagi mediator yang meransang autofagi daripada senaman seperti gambarajah dibawah :

Sumber: Autophagy-Dependent Beneficial Effects of Exercise

Kemudian kajian dibuat untuk mengetahui sama ada ransangan anabolik yang disebabkan oleh senaman rintangan bertepatan dengan autofagi atau menghalangnya. Walaupun berlaku peningkatan mTOR dan penurunan AMPK, senaman rintangan tidak mengganggu induksi autofagi. Senaman rintangan pengantara hipertrofi otot dengan meningkatkan aktiviti isyarat anabolik dan pada masa yang sama menghadkan fluks degradasi lisosom dan bukannya merencat induksi autofagi. Senaman juga memerlukan penambahan dan pembersihan kompenen sel. Kita boleh lihat biosentesis protein dan biogenesis mitokondria semasa proses adaptasi otot.

Kursus Kecergasan 2021

Hasil dari senaman yang berterusan telah membuktikan dapat meransang adaptasi dalam otot rangka seperti biogenesis mitokondria, angiogenesis, perubahan otot fiber,  meningkatkan insulin sensitiviti  dan anti penuaan.

SINGKATAN :

AMPK : activated protein kinase 

mTOR : mammalian target of rapamycin

RUJUKAN :

  1. Impact of resistance training on the autophagy-inflammation-apoptosis crosstalk in elderly subjectsPMID: 28160545
  2. Autophagy-Dependent Beneficial Effects of Exercise PMID: 28270532
  3. Autophagy is required for exercise training-induced skeletal muscle adaptation and improvement of physical performance, PMID: 23825228
  4. Autophagy is essential to support skeletal muscle plasticity in response to endurance exercise
  5. Long-term resistance exercise-induced muscular hypertrophy is associated with autophagy modulation in rats

 

Eda Sharip

Eda Sharip

Coach Eda Sharip adalah Certified Personal Trainer, Gym Instructor and Fitness Instructor. Bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia Kawasan Kubang Kerian, Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu. Pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: